DARI UTUSAN MALAYSIA
5/5/2012
GUA MUSANG 4 Mei - Kerajaan tidak akan
berkompromi dengan mana-mana pihak yang berniat menggulingkan kerajaan
yang dipilih oleh rakyat seperti dalam perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu
lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pihak
terbabit jelas tidak menghormati keputusan rakyat dan undang-undang
negara sehingga tercetusnya ketegangan serta mengganggu-gugat keamanan
yang dikecapi selama ini.
Menurutnya, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 itu
menunjukkan niat pihak pembangkang hanyalah untuk menggulingkan kerajaan
melalui demonstrasi jalanan.
"Kita dapat tahu dia ada dua kumpuan iaitu satu menganggap
perhimpunan aman tidak ada tujuan lain manakala satu lagi kumpulan
hendak rampas perhimpunan itu untuk dijadikan perhimpunan politik,
mereka cuba menawan Dataran Merdeka (selama) beberapa hari mungkin
sehingga Hari Buruh.
"Niat mereka untuk menawan Dataran Merdeka bagi dijadikan seperti
Dataran Tahrir di Mesir serta hendak jadikan peristiwa hitam dan sebagai
satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
menerusi pilihan raya.
"Disebabkan itu kita tidak akan berkompromi dengan orang yang ada
niat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya
ketika merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Kelantan di
padang Pusat Sivik di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar pembangkang agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi. Saya tidak nafikan ada
sedikit sebanyak kekasaran oleh polis tetapi ia boleh dielakkan jika
mereka hormati undang-undang.
"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.
Mengulas dakwaan pembangkang bahawa perhimpunan Bersih 3.0 akan
menyebabkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada masa terdekat,
beliau berkata, ia tidak ada kena mengena kerana perhimpunan tersebut
hanya menunjukkan budaya samseng pembangkang yang terdesak.
Katanya, pembangkang sentiasa mencari helah untuk menawan Putrajaya
kerana mereka sedar tidak mampu untuk melakukannya dengan cara yang
terbaik.
KOMEN : TEGAKAN UNDANG-UNDANG YANG ADA, PENJENAYAH WAJID DIHUKUM, TERMASUK PEMIMPIN YANG MENJADI PENCETUS RUSUHAN DAN PENGANJUR RUSUHAN TERSEBUT...
No comments:
Post a Comment