DARI MINGGUAN MALAYSIA
27/5/2012
MACHANG 26 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kisah
siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama
Islam.
Beliau berkata, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. "Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai
bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang
Arab.
"Kalau hendak bukan Melayu tidak apa asalkan Islam. Adakah negara
demokrasi beri kepada orang komunis jadi pemimpin, adakah negara komunis
beri orang demokrasi jadi pemimpin.
''Negara demokrasi dipimpin oleh orang amalkan demokrasi, begitu juga
dengan negara komunis, maka di negara Islam, orang Islam harus menjadi
pemimpin," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan
di Markas Dewan Ulama (Madu), di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Presiden Pas Datuk Seri
Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal yang akan berjuang bagi
memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan
peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam
resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.
Sementara itu, Nik Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pemimpin pembangkang mungkin
akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan cara demokrasi tidak memberi
kemenangan kepada mereka berdasarkan sejarah dan keputusan pilihan raya
terdahulu.
"Terbalik, UMNO memang terbalik, parti dia pun dalam bahasa Inggeris. Hendak pimpin Melayu, tidakkah terbalik?
"Dalam tragedi 13 Mei siapa buat karut kalau bukan UMNO di Kelantan
walaupun majoriti Cina sikit, kalau kami nak ganyang habis-habisan pun
boleh tetapi kami tak buat.
"Sekarang sudah mula UMNO buat ganas, tonggeng punggung, ini bukan
budaya Melayu, orang Melayu beretika dan berakhlak, ini pelesit dari
luar dibawa oleh UMNO," katanya.
KOMEN : TERBALIK-TERBALIK UMNO PUN NEGARA MALAYSIA MAJU TERHADAPAN... PAS DAH 20 TAHUN LEBIH MEMERINTAH KELANTAN MAKIN TERBALIK KELANTAN JADINYA... MASALAH AIR PUN TAK BOLEH DISELESAIKAN... CAKAP PANDAI, KERJA HABUK TAK BOLEH...
No comments:
Post a Comment