DARI UTUSAN MALAYSIA
23/5/2012
MARAN 22 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandar Tun
Razak Jengka di sini dan cawangan Terengganu muncul pasukan terbaik pada
Pertandingan Percussion 1UiTM 1Malaysia di sini baru-baru ini.
Pertandingan yang bertemakan "Beat The Heat, Hit The Bitte" diadakan
di Dataran Integrasi UiTM kampus cawangan Pahang dengan disertai 192
peserta dari 10 kampus di seluruh negara.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa) UiTM, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed dan turut dihadiri Rektor
UiTM Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman dan Pengarah Pusat
Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Mohammed Yaziz Ahmad. Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Pahang, Mat Zaid Yazid berkata, dua kategori dipertandingkan iaitu kumpulan dan individu.
Menurutnya, UiTM Pahang memenangi kategori Individu Cymbals Terbaik
dan johan kategori berkumpulan sekali gus dinobatkan sebagai pasukan
terbaik pada pertandingan itu.
Katanya, pemenang kategori individu Solo Snare Terbaik disandang UiTM
Cawangan Kedah, Bass Drum Terbaik (UiTM Cawangan Kelantan), Drum Major
Terbaik (UiTM Shah Alam) dan Marching Bell Terbaik (UiTM Terengganu).
"Naib johan kategori kumpulan adalah UiTM Terengganu dan tempat
ketiga, UiTM Cawangan Kelantan yang mempamerkan persembahan hebat,"
katanya di sini baru-baru ini.
Mohammed Yaziz berkata, program itu bertujuan mempertingkatkan
kemahiran bermain alat muzik secara solo mahupun berkumpulan serta
menjadi medan ujian pencapaian kemahiran pasukan pancaragam.
Jelasnya, ia dapat menanam elemen kreativiti ahli dalam
mempelbagaikan gaya persembahan, memupuk semangat kerjasama antara
pasukan yang bertanding.
"Pertandingan itu dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama
pelajar, staf dan pihak pengurusan UiTM dari seluruh cawangan di negara
ini," katanya.
KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...
No comments:
Post a Comment