Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2012/05/08
KIM Swee (kiri) memberi taklimat kepada pemain Harimau Muda sebelum memulakan sesi latihan di Wisma FAM, semalam.
Langkah sesuaikan diri menjelang Kelayakan Piala AFC
GARA-gara terlepas hak menjadi tuan rumah kejuaraan julung kali Kelayakan Piala AFC Bawah-22, skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee kini terpaksa menyesuaikan diri dengan permainan sebelah petang pada kejohanan di Myanmar bulan depan.

“Kita diletakkan bermain jam 3.15 waktu tempatan kecuali perlawanan
terakhir bertemu tuan rumah pada jam 6.15 petang,” kata Kim Swee ketika
ditemui sebelum sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) semalam.
“Sebab itu dari awal lagi saya katakan, jika mendapat hak menjadi tuan
rumah, kita boleh letakkan pasukan lain bermain pada jam 2 petang
sekali pun, itu hak tuan rumah. Jadi apabila Myanmar menjadi tuan rumah,
saya tidak pelik kita mendapat jadual sebegitu.
“Bagaimanapun saya akan mula menyesuaikan pasukan dengan permainan pada awal petang. Saya tidak mahu faktor cuaca dan waktu menjadi penghalang pasukan memburu kejayaan pada kejuaraan julung kali diadakan ini.”
Menurut Kim Swee, Piala AFC Bawah-22 2013 adalah pengganti kepada pusingan Kelayakan Olimpik sebelum ini dan pasukan yang melepasi pusingan kelayakan tahun ini akan mengisi kelompok pilihan pada kejohanan itu nanti.
Kim Swee kini hanya mempunyai tempoh sebulan setengah menyiapkan pasukan muda menghadapi saingan Kumpulan G yang turut dibarisi Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Taiwan.

“Siri perlawanan persahabatan di Slovakia, Hungary dan China
cukup penting dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan
sengit pusingan kelayakan itu nanti,” kata Kim Swee yang skuadnya kini
menjadi antara pasukan digeruni dalam Liga Singapura.
Pada sesi latihan semalam, Kim Swee memanggil 11 muka baru termasuk seorang pemain 16 tahun dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa yang dilihat berpotensi menjadi pemain tengah berbisa satu hari nanti.
Sementara itu Kim Swee mengakui sedikit gelisah dengan kecederaan beberapa pemain yang menjadi tulang belakang skuad Harimau Muda. Pada sesi latihan itu, tujuh pemain sekadar berlatih ringan dan Kim Swee berharap mereka sempat pulih sebelum saingan bermula 21 Jun ini.

1 comment:
Itu bukan alasan.Kita lwn MU,ARS,CHE,LVP,KOREA,JAPAN dan mcm2 lg kat MALAYSIA tu,kalah gak.sebenarnya kalau bagus main kat mana dan waktu apa pun ok je.BERUSAHAlah Insyaallah berjaya.
Post a Comment