Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 27 May 2012

SAMPAI MAMPUS TAKAN MENGAKU

'Anwar patut mengaku bersalah'
DARI MINGGUAN MALAYSIA
27/5/2012



KUALA LUMPUR 26 Mei - Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Chabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0 di sini 28 April lepas.

Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu. Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.

The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election, berpendapat cara lebih jelas untuk meyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Rencana berkenaan, yang disiar dalam ruangan Review and Outlook Asia pada Khamis berkata, dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini, termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua dua kali juga dibebaskan, "mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik.

"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan lewat tahun ini, apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".

Akhbar itu seterusnya menulis: "Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama".

WSJ berkata, walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.

"Persoalan sebenar adalah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu. - BERNAMA


KOMEN : SAMPA[ BUMI BERPUTAR SECARA TERBALIK PUN PENYANGAK INI TIDAK AKAN MENGAKU... TAK PERCAYA KITA TUNGGU....

1 comment:

Anonymous said...

PR telah dalam diam memaksa rakyat untuk mengundi mereka jika mahu negara ini aman!

Kalau tak nak undi mereka akan buat negara ini huru hara ini adalah 'politik ugutan'.

Adakah rakyat merasa tertekan?

BN perlu mempastikan rakyat merasa selamat untuk memilih wakil mereka di dewan rakyat dan DUN.

Perancangan yang rapi sedang dan akan di buat berterusan untuk menentukan huru hara untuk menggulingkan kerajaan yang di pilih melalui pilihanraya selepas PRU13.

Kita akan dapati huru hara akan di mulakan sebaik saja keputusan di umumkan.

Wang dari luar termasuk kepakaran merosak sedang di atur. Kiranya sebahagian wang untuk PRU13 dan sebahagian lagi untuk demonstrasi menggulingkan kerajaan. Rakyat asing juga akan berpusu pusu datang kononnya sebagai pemerhati tetapi adalah sebagai penggerak proses penggulingan kerajaan.

Mereka terdiri dari agen Yahudi pelbagai negara termasuk dari negara negara Arab yang di gulingkan.

Ini adalah percubaan terakhir untuk mendapatkan Putrajaya.

Kelihantannya pihak pembangkang semakin yakin dan mula mabuk kuasa dengan merapik meraban tentang siapa akan jadi PM.

Mereka yakin menang tapi bukan PRU13. Mereka yakin menggulingkan kerajaan dan menulis perlembagaan baru di mana Raja raja Melayu dan hak orang Melayu hanya tinggal kenangan.

BN, KDN perlu berhati hati dan mungkin telah mula merangka langkah langkah pencegahan yang berkesan untuk memadamkan api kecil ini.