Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 May 2012

Waspada agenda perpecahan



ABDUL Ghani Othman (berdiri, tengah) bersama pemenang Anugerah Belia Perdana Ikon Belia Peringkat Negeri Johor 2012 di Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 21 Mei - Golongan muda di negeri ini dinasihatkan supaya berwaspada dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menyebarkan perbezaan pendapat semata- mata untuk memecah-belahkan perpaduan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, golongan tersebut harus berfikir secara rasional bagi mengelak daripada diperalatkan oleh pihak tersebut yang mempunyai agenda tertentu demi mencapai kepentingan politik mereka.

“Justeru, saya ingin mengingatkan orang muda supaya berwaspada. Ini kerana ada pihak cuba mendapatkan kuasa dalam pilihan raya nanti dengan cara mengajak rakyat ke arah perbezaan dan perpecahan.

“Ini berbeza dengan asas perjuangan pemimpin negara kita yang sentiasa memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dipelihara dan dijaga dengan baik selama ini," katanya semasa menutup Himpunan Belia Iskandar Malaysia di Plaza Angsana, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday; Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Presiden Majlis Belia Johor, Anuar Manap. Abdul Ghani turut menggesa golongan muda mencontohi generasi zaman sebelum merdeka yang mempunyai semangat juang tinggi untuk membela agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, dengan semangat itu, negara akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan daripada penjajah dan seterusnya berjaya membina sebuah negara yang berjaya seperti yang dikecapi kini. Mengenai perhimpunan itu, Menteri Besar berkata, ia antara platform untuk golongan muda memperoleh maklumat tentang projek pembangunan dan peluang kerjaya yang terdapat di bandar raya ini khususnya Iskandar Malaysia. 

Himpunan Belia Iskandar Malaysia yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta Majlis Belia negeri.

Himpunan tersebut berjaya mencapai sasaran untuk menghimpunkan seramai 100,000 belia selain mencatat sejarah apabila persembahan J-Robikton selama 26 jam tanpa henti dan himpunan 30,000 naskah buku turut dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR).


KOMEN : JANGAN IKUT SIFAT PENYOKONG PUAK PEMBANGKANG... LANGSUNG TAK ADA AGENDA YANG MEMBINA...

No comments: