25 individu lagi dicari
KUALA LUMPUR 7 Mei - Polis menyiarkan 25 lagi
gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung
perhimpunan Bersih 3.0 di sekitar ibu negara dan Dataran Merdeka pada 28
April lalu.
Penyiaran gambar terbaru yang dimuat naik di laman Facebook Polis KL
itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dikehendaki dan dipercayai
dapat membantu siasatan polis adalah berjumlah 116 orang.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam kenyataan
berkata, 25 keping gambar individu itu disiarkan hasil penelitian
terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis ketika
Bersih 3.0.
"Oleh demikian, saya menyeru kepada orang ramai yang mengenali
mana-mana individu yang telah didedahkan polis itu supaya tampil
menyampaikan maklumat untuk membantu kami menjalankan siasatan," katanya
di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment