DARI UTUSAN MALAYSIA
18/5/2012
KUANTAN 17 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
berkata, pengaruh kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina menjadi
penghalang kepada sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum nanti.
Beliau memberitahu, jika isu yang dibangkitkan kaum itu seperti
sekolah dan pelajaran oleh golongan cerdik pandai, maka pandangan
diberikan kumpulan tersebut dilihat lebih mempengaruhi masyarakat
tersebut.
"Ia berbeza dengan golongan pertengahan kaum itu. Apabila pandangan
diberikan pihak ekstremis, mereka tidak berani bercanggah kerana takut
dihentam semula oleh pihak terbabit yang dilihat lebih mempengaruhi kaum
itu.
"Sebenarnya, majoriti kaum Cina menyedari tinggal di Malaysia yang
berbilang kaum dan patut mengambil kira kepentingan kaum lain juga.
Masalahnya, mereka terlalu takut dan tidak berani melawan apa yang
dikatakan pihak ekstremis terbabit sekali gus membataskan sokongan
mereka kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Ijazah
Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif yang disampaikan oleh Canselor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah
Sultan Ahmad Shah di Kompleks Sukan universiti itu di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Canselor
UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap MCA yang dilihat
berkurangan, Mahathir memberitahu, kaum tersebut merasakan undi mereka
menjadi penentu kemenangan kepada BN.
"Itu adalah sifat yang ada pada mereka. Kalau Pulau Pinang boleh
dikuasai Cina, kenapa tidak tempat lain. Justeru, sekiranya undi orang
Melayu pecah tiga, undi Cina menjadi penentu dan kesedaran itu mereka
mahu memainkan peranan lebih besar," jelasnya.
Ketika diminta mengulas mengenai bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku
Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang cuba dirasuah RM50,000 oleh parti
tersebut, beliau memberitahu, ia adalah cara DAP yang sememang
diketahuinya.
Sebelum itu, beliau terkejut dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz dalam
parti tersebut kerana pemimpin berkenaan mengutamakan integriti, anti
rasuah dan berpegang kepada prinsip yang tinggi dalam sifat dirinya.
"Bila dia masuk DAP, saya terkejut sebab saya tak nampak dia seorang
yang sesuai dengan DAP. Malah, saya tahu DAP punya cara ini (rasuah) dan
bila dia (Tunku Abdul Aziz) ada dalam DAP baru dia tahu gambaran luar
nampak cantik dan kemudian di dalam baru tahu cara-cara DAP termasuk
cara sogok," katanya.
Ditanya lanjut sama ada ahli Melayu dalam parti itu perlu mengikut
jejak Tunku Abdul Aziz untuk keluar parti, beliau berkata, sepatutnya
langkah sama diambil oleh kaum itu tetapi mereka masih belum sedar dan
taksub dengan seseorang pemimpin.
"Saya tidak rasis tapi hakikatnya biarpun berkata terbuka kepada semua kaum tapi DAP parti 'keCinaan'.
"Ramai orang Melayu tak mahu nak sedar. Kita tunjuk keburukan pun
mereka tetap suka orang itu kerana taksub. Mereka tidak memikir, membuat
analisis dan mengkaji tetapi cuma setia sahaja," jelasnya.
Katanya, perkara itu dapat disamakan dengan penyokong Pas yang
menutup mata, telinga dan mulut untuk memberi sokongan kepada Mursyidul
Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa memikirkan apa
diperkatakan oleh pemimpin berkenaan.
"Perkara itu berlaku apabila agama dicampur dengan politik. Kepentingan politik diutamakan sehingga agama diketepikan," katanya.
KOMEN : BIASALAH PUAK RASIS NI.... PERGI KEMANA PUN MEREKA TETAP NAK JADI PUAKA...
No comments:
Post a Comment