Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 22 May 2012

DAJAL MANA YANG KATA PTPTN TAK PENTING ?

'Syukur, saya tidak perlu ke pajak gadai'
DARI UTUSAN MALAYSIA
21/5/2012
SEBAHAGIAN daripada 187 penerima WPP menunggu giliran untuk berurusan di kaunter PTPTN di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di Kuching, semalam.

KOTA SAMARAHAN 20 Mei - "Syukurlah saya tidak perlu ke pajak gadai atau menjual tanah bagi membolehkan anak-anak belajar di universiti."

Demikian luahan seorang bapa, Abu Abang Endet yang ditemui selepas majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini hari ini.

Menurut petani berusia 62 tahun itu, tanpa wang pinjaman PTPTN, dia dan isterinya mungkin terpaksa berbuat demikian memandangkan pendapatan bulanan keluarganya sekadar cukup makan sahaja.

"Dahulu, jika ada anak-anak di kampung saya berjaya masuk universiti, keluarga mereka pasti sibuk ke sana ke mari bertemu sanak-saudara untuk meminjam wang.

"Ada yang menggadai barang berharga atau menjual ternakan seperti lembu dan kambing. Malah ada yang terpaksa menjual tanah bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak. Mujurlah kami tidak perlu melalui pengalaman seperti itu," kata Abu.

Anaknya, Nuratikah, 18, pula berkata, wang pendahuluan tersebut mampu meringankan beban mereka sekeluarga kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi membeli barangan keperluan untuk dirinya.

"Insya-Allah, saya akan gunakan wang pinjaman ini dengan berhemat dan tidak akan sekali-sekali membebankan ibu dan ayah yang sudah tua," katanya yang bakal mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak.

Sementara itu, seorang kerani, Sharifah Wan Hassan, 54, menyifatkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN memudahkan urusan para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

"Saya tidak bimbang apabila anak mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pelancongan di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Samarahan kerana dia boleh memohon bantuan kewangan daripada PTPTN," katanya,

Pada majlis yang disempurnakan oleh Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal negeri, Datuk Len Talif Salleh itu, seramai 187 lepasan sekolah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Kuching serta Samarahan menerima wang pendahuluan tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Datuk Dr. Hatta Solhi; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimas, Prof. Mohd. Fadzil Abd. Rahman; Pengarah Biro Tata Negara (BTN) negeri, Roslan Baharuddin dan wakil PTPTN, Joe Hanni Mohamad.


KOMEN : DAJAL BETUL MEREKA YANG MENGATAKAN PTPTN TIDAK PENTING DAN WAJIB DI HAPUSKAN... CAKAP TAK SERUPA BIKIN... PADA ADIK-ADIK INI BELAJAR RAJIN SUPAYA BOLEH BERJAYA DAN MEMBANTU KELUARGA KEUDIAN HARI... JANGAN JADI MACAM MAHASEWEL YANG NAK HAPUSKAN PTPTN TU... DAH JADI SAMPAH MASYARAKAT TU...

No comments: