Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 27 May 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012

'Jadikan hari esok lebih baik'
dari Mingguan Malaysia
27/5/2012
Najib Tun Razak (kiri) berucap di hadapan para belia ketika Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.

Berucap di hadapan puluhan ribu belia dari seluruh pelosok tanah air yang berhimpun di sini, Perdana Menteri berkata, hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya berucap melancarkan Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara 2012.

Menurut Perdana Menteri, belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara. Begitu juga, katanya, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan.

"Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib mahu belia-belia yang menyertai perhimpunan hari ini supaya tidak membiarkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu merebut kuasa di negara ini dan memastikan Putrajaya kekal milik mereka.

Katanya, wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi demo crazy.

"Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

"Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.

"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.

"Kami melihat muka saudara-saudara muka belia hari ini, saudara pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini.

"Sebuah negara yang lebih berjaya dari hari ini, sebuah negara yang lebih hebat dari hari ini, kejayaan daripada segala sudut, bila jadi negara maju," katanya.

Perdana Menteri juga mahu belia Malaysia bersatu padu untuk melonjakkan negara menjadi lebih hebat dan berjaya.


KOMEN : KALAU MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG APA YANG KITA DAPAT?

No comments: