Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 13 May 2012

‘Tidak akan benarkan imej negara terjejas’


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012
Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Dr. Mahathir Mohamad mengibarkan bendera UMNO dan Jalur Gemilang pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tidak akan sesekali reda atau membenarkan pihak tidak bertanggungjawab menjejaskan imej dan maruah negara seperti mana perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini.

Sebagai sebuah parti yang mendokong undang-undang, beliau berkata, UMNO akan memastikan imej negara tidak lagi dicemari dengan insiden-insiden buruk terutama melalui perlanggaran undang-undang oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, semua pihak boleh menyaksikan bagaimana para peserta perhimpunan itu melanggar undang-undang sehingga ada di antara mereka sanggup memukul polis.

‘‘Bagaimana perasaan anggota polis kalau dipukul? Ada anggota polis yang saya temui kena pukul menggunakan kayu besbol. Di belakang, di depan dipukul sehingga muntah darah.

‘‘Inikah orang bertamadun? Inikah orang yang menjaga imej Malaysia?" katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, UMNO berjaya membuktikan bahawa perhimpunan aman boleh diadakan dan tidak seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

‘‘Perhimpunan malam ini yang berjaya menarik lebih 100,000 orang berjaya membuktikan perhimpunan aman boleh diadakan. Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman, kita berhimpun dalam stadium in secara tertib, kita berhimpun dalam stadium ini kerana UMNO menghormati undang-undang negara.

‘‘Kita tidak perlu ramai anggota polis, anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum-senyum belaka. Mereka tidak ‘tension’. Kita pun tidak ‘tension’. Mengapa UMNO boleh berhimpun di dalam stadium, pihak-pihak lain tidak boleh berhimpun dalam stadium?' katanya.

Beliau berkata, tujuan pembangkang tidak mahu berhimpun di dalam stadium kerana mereka ada agenda.

‘‘Mereka hendak merempuh, mereka hendak berbalah, mereka hendak tendang terajang pihak polis. Kalau tidak ada pergeseran, tak keluarlah cerita di dalam CNN, tak keluarlah dalam Al-Jazeera dan BBC.

‘‘Inilah tujuan sebenarnya. Mereka hendak tunjuk kononnya kita ini kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim," ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

WALLY SLIPAU PUN TERKESAN..HENTAK2 KAKI SIAP MAKI..CELAKO! CELAKO! CELAKO! KEHKEHKEHKEH