Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 May 2012

Majlis Peguam, SUHAKAM tiada dalam senarai 6 ahli

Haniff ketuai panel bebas siasat BERSIH
Oleh Johari Ibrahim dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2012/05/10



pix_gal0
 
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata panel itu akan mengadakan mesyuarat pertama dalam waktu terdekat bagi menentukan terma rujukan dan fungsinya.

Ahli lain panel itu ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Ketua Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaacob; Penasihat Undang-Undang Kumpulan Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat PETRONAS, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

“Matlamat utama panel penasihat ini ialah untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian 28 April lalu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata, panel itu memberi ruang kepada semua pihak mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas dan bahan bukti berkaitan kejadian berkenaan.

Katanya, kerajaan berharap hasil siasatan panel itu akan mendedahkan perkara sebenar secara menyeluruh di sebalik pelbagai hujah dan dakwaan oleh banyak pihak pada masa ini.  

Hishammuddin juga berkata, terpulang kepada panel itu juga sama ada mahu mencadangkan untuk menjemput ahli panel dari luar negara dalam siasatan mereka.

Mengenai ketiadaan wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam panel itu, Hishammuddin berkata:

“Majlis Peguam mempunyai masalah mereka sendiri, maksud saya kita melihat banyak perbahasan berkaitan laporan mereka, akan ada perbahasan dalam mesyuarat agung luar biasa dan daripada yang saya dengar, lebih baik mereka selesaikan itu dulu.”

Mengenai penyertaan SUHAKAM, katanya, beliau terbuka jika panel mahu menjemput wakil suruhanjaya itu.

Sementara itu, Haniff yang dihubungi Berita Harian semalam memberi jaminan siasatan akan dilakukan berdasarkan fakta dan bukti, bukannya dipengaruhi emosi. 

KOMEN : PERSOALANNYA PERLUKAH PANEL BEBAS SIASAT BERSIH INI DI TUBUHKAN? SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, PUAK PEMBANGKANG NI TAK AKAN MENERIMA JIKA MEREKA DIANGGAP BERSALAH...  PADA MEREKA SEMUANYA SALAH UMNO.... TAK PERCAYA TUNGGU DAN LIHAT.... SUHAKAM DAN MAJLIS PEGUAM TU DAH TAK RELEVAN.....

No comments: