KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP,
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba
merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu
peletakan jawatannya sebagai biadab.
Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim
Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai
RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah
badan pemikir milik kerajaan negeri.
Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang
teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima
kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta
meninggalkan DAP adalah tepat.
"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang
tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai
penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai
rasa hormat.
"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap
tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya
tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual
eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.
Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka
mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha
Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding
bapanya, Lim Kit Siang.
Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP
ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang
menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat
apa-apa.
"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara
bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai
mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya
terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.
"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya,
beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang
menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi
bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya.
KOMEN : BILA BAPAK SEGALA RASUAH YANG SELALU SESEDAP MULUT MENUDUH ORANG LAIN TERIMA RASUAH, SEDANGKAN DIRI SENDIRI KANTOL CUBA MEMBERI RASUAH ... APA CERITA?
No comments:
Post a Comment