|
|
SEJAK pengenalan model Toyota FT86 / Subaru BRZ, ramai peminat kereta
JDM (Japan Domestic Market) tertanya-tanya bila pula Nissan hendak
mengikut jejak langkah Toyota.
Semua orang sedar bahawa Nissan menghasilkan dua jentera sports yang
sangat hebat iaitu Nissan GTR dan Nissan 370Z. Model tersebut menjadi
kegilaan mereka yang gemarkan kuasa dan gaya. Namun, sejak model Silvia
dihentikan produksinya, Nissan telah hilang sebuah model sports entry
level yang boleh dikatakan mampu milik.
Silvia bukanlah satu nama baharu. Saya tahu orang Malaysia hanya
kenal nama itu bermula dengan model S13 sahaja. Nama Silvia mula
digunakan pada tahun 1964 untuk model keluaran pertamanya.
Sebenarnya, versi Silvia S110 dan S12 pernah digunakan untuk
perlumbaan rali dunia. Model paling terkenal ialah 240RS yang
menggunakan enjin FJ24 turbo.
Kereta sports kompak itu merupakan sebuah jentera old school yang
mementingkan keseronokan pemanduan dengan bantuan teknologi paling
minimum. Tidak ada sistem elektronik yang terlalu canggih digunakan.
Cuma sebuah enjin 2,000cc turbo yang diletak secara menegak, disambung
kepada kotak gear manual dan gandar belakang dengan LSD. Cukup mudah.
Daripada sebuah kereta asas seperti itu, terpulang kepada pemilik
untuk mengubahsuainya. Hendak jadi kereta trek atau drag, semuanya
boleh. Rasanya ubah suai paling popular buat masa sekarang pastinya
kereta drift. Macam Silvia merah ini, ia juga sesuai untuk kegunaan di
jalan raya. Modifikasi pertama yang dilakukan adalah menaik taraf enjin SR20DET.
Enjin sedia ada itu pun sudah mampu menjana kuasa sehingga 250PS. Enjin
tersebut mempunyai potensi modifikasi yang cukup besar.
Pemilik Silvia itu meleraikan enjin keretanya dan menggantikan aci
sesondol asal dengan set BC Step 3 bersama bukaan 264°. Spring injap
juga ditukar dengan spring injap BC bersama-sama rocker arm berjenama
Tomei.
Pengendalian terbaik
Gas ekzos yang keluar daripada enjin dilepaskan ke udara melalui
sistem ekzos buatan custom dengan peredam bunyi A'PEXi pada hujungnya. Enjin itu telah diuji di atas mesin dyno. Hasil modifikasi yang
dilakukan berjaya meningkatkan kuasa kuda enjin kepada 480hp jika
menggunakan petrol biasa dan 520hp jika (bahan api perlumbaan).
Memindahkan kuasa enjin ke jalan raya dilakukan melalui klac
perlumbaan OS Giken plat berkembar dan sistem LSD jenis helical standard
pada gandar belakang. Memandangkan Silvia itu model Spec-R, kotak
gearnya adalah transmisi manual enam kelajuan standard dari kilang. Kuasa tinggi kalau pengendalian ke laut pun tidak berguna juga. Jadi
pemilik kereta itu sudah berhabis beribu-ribu ringgit untuk dapatkan
pengendalian terbaik. Penyerap hentak asal diganti dengan penyerap
hentak boleh laras dari HKS. Sementara rod camber dan caster asal
digantikan dengan jenis boleh laras daripada Tein. Sebuah strut bar
daripada Cusco ditambah pada bahagian hadapan untuk memantapkan lagi
pengendalian kereta.
Brek kereta itu memang boleh dikategorikan sebagai mantap peringkat
tertinggi berikutan penggunaan brek aftermarket daripada Brembo. Brek
Brembo itu menggunakan pelapik brek Endless bagi memberhentikan kereta
dengan pantas dan selamat.
Memenuhi ruang arca roda Silvia ialah satu set rim Works Emotion XD9
berdiameter 17 inci dengan lebar 8.5 di hadapan dan 9.5 inci di
belakang.
Walaupun S15 sudah cukup cantik semasa keluar dari kilang, tidak
salah jika hendak menggunakan bodykit lain, asalkan tidak nampak macam
kereta berhias. Silvia merah itu menggunakan bumpar hadapan C-West
dengan skirting sisi dan bumpar belakang Vertex.
Bahagian dalaman jentera itu masih nampak standard. Cuma
lubang-lubang pendingin hawa sudah disi dengan meter-meter Auto Meter.
Stereng asalnya pula diganti dengan stereng Momo. Turbo timer A'PEXi
dilekatkan pada papan pemuka yang berfungsi untuk menjaga turbo daripada
rosak.
Diam tak diam, kereta itu sebenarnya sudah sepuluh tahun tidak
dibina. Pasaran untuk kereta sports seperti ini terbuka luas. Setakat
ni, hanya Toyota yang mengisi ruang pasaran tersebut. Rasanya, alang-alang Carlos Ghosn (Ketua Pegawai Eksekutif Nissan
Motor Co. Ltd.) hendak menghidupkan kembali jenama Datsun, elok jugak
difikirkan untuk menyambung legasi Silvia menggunakan nama Datsun.
No comments:
Post a Comment