KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perancangan Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu
menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab
Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan
menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal
kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut
tercapai.
"Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu
menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya
demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan
ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan
raya.
"Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara
dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi
partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi
tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan'
itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini
perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan
dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan.
"Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk
mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia
menganjurkan demonstrasi pelajar.
"Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius
selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap
minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang
ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya.
Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi
besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi
kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan.
Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui
bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga
memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri
khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
"Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti
dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan
mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN
melakukan perkara tersebut," tambahnya.
"Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran
perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh
kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas,"
tambahnya.
KOMEN : KERJA LAIN TAK ADA, ASYIK NAK MENJAHANAMKAN NEGARA... KALAU AKU TAK JADI PM, AKU PORAK PERANDAKAN NEGARA... KALAU AKU JADI PM, AKU AKAN GADAI NEGARA KEPADA KAWAN BAIK AKU... SYAITAN
1 comment:
SLM BRO..INI LER KUASA ALLAH. WONG TACK NAK BAKOR KILANG LYNAS. ANUWAR PLAK NAK MEMBERONTAK. NAMPAK NYE RAKYAT DH DI TUNJUKKAN DGN JELAS AGENDA PAKATAN REPUT SEBELUM DAN SELEPAS PRU. RAKYAT TENGOK LER SENDIRI BUKTI DEPAN MATA HUHUHU
Post a Comment