Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 13 February 2013

ADA ORANG TAK TIDOR MALAM....

Najib hargai sambutan warga Pulau Mutiara
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013


PULAU PINANG 11 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di sini.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga merasa bertuah kerana buat kali pertama dapat meraikan perayaan tersebut dengan warga Pulau Pinang.

“Saya rasa begitu bertuah dan amat gembira pada tahun ini kerana dapat melakukan sesuatu yang belum pernah saya lalui, iaitu menyambut Tahun Baharu Cina dengan warga Pulau Pinang.

“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga dengan begitu meriah sekali," katanya ketika berucap pada majlis tersebut hari ini.

Selain isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, turut mengiringi Najib ialah anaknya, Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunang, Daniar Nazarbayev.

Sebelum itu, Ashman Razak menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang kagum dengan kefasihannya.

Rosmah juga mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai menyampaikan dua buah lagu Cina bersama kumpulan koir.

Dalam ucapannya juga, Najib menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

Katanya, perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.

“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.

“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.

Beliau mengulangi komitmen BN untuk menyediakan 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh 12 tahun jika berjaya mentadbir semula negeri itu dan menyediakan kemudahan monorel bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Pada perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan, Kolej Han Chiang akan dinaik taraf menjadi kolej universiti yang memberi tumpuan khusus kepada bidang komunikasi massa.

Yang hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.


No comments: