Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 14 February 2013

MANA ADA TIPU... ANAK KEDAH YANG CERITA...

Balak Kedah dan kerajaan sepenggal sahaja?




CUTI Tahun Baharu Cina 2013 digunakan sepenuhnya untuk balik sebentar ke kampung di Kedah. Namun saya hanya sempat ke kampung isteri di Baling. Menziarahi kedua-dua mertua yang sudah tua dan kurang sihat.

Maaf saya kepada kaum keluarga di Jeram, Tunjang kerana tidak sempat ke sana. Akhir sekali saya ke Kubang Pasu ialah sebulan lalu kerana menziarahi bapa saudara meninggal dunia. Itulah rutin kita selagi hidup. Kedua-dua ibu bapa pun sudah tiada. Yang tinggal ialah sebuah rumah pusaka serta ibu-ibu dan tok-tok saudara yang semakin lanjut usia.

Di Baling suasananya tenang dan aman. Tapi panas pilihan raya sudah terasa. Bendera-bendera parti politik sudah dikibarkan.

Bendera biru yang baru dan masih berkilat mewarnai di serata Baling hingga ke Labu Besar dan ke Olak Madu.

Benarkah BN akan menguasai semula Baling? Ahli Parlimen Pas Taib Azmuddin dikatakan kurang sihat akhir-akhir ini. Dengar kata Pas Baling pun ada sedikit masalah.

Apakah itu puncanya bendera Pas tidak kelihatan berkibar? Bendera-bendera Pas yang ada pun sudah lusuh dan koyak rabak, kerana menyangka pilihan raya awal tahun lepas. Apa pun kempen dan perang bendera akan berlaku lebih rancak tidak lama lagi.

Melalui lebuh raya hendak ke pekan Baling dari Kupang, kita akan melihat bukit-bukit dan gunung-ganang di depan ufuk. Ia adalah sebahagian daripada sistem Banjaran Bintang.

Jika semasa raya tahun lalu ia menghijau, cantik, indah, kini saya amat terkejut melihatnya. Gunung itu, mungkin Gunung Inas namanya, pun sudah kelihatan ditarah. Jalur-jalur atau balur-balur tanah merah seolah-olah darah mengalir dari puncak ke kaki gunung.

Apa yang tergambar dalam fikiran kita ialah balak-balak telah ditebang.

Jika pada tahun lepas saya melihat dari kejauhan banjaran gunung di Bukit Hijau telah ditarah, kini ia menjalar ke situ pula.

Saya hairan mengapa semasa kerajaan dulu ia masih elok, kini jadi begitu? Saya faham, kerajaan BN dulu pun tebang balak. Tapi yang digondolkan kini adalah gunung-gunung yang di kaki-kakinya ialah perkampungan manusia. Dan sudah tentulah air-air yang digunakan manusia berasal dari gunung-ganang itu.

Sepanjang 20 tahun berkahwin dengan orang Baling, inilah pertama kali saya melihat suasana dan keadaan sebegitu. Saya terkejut dan memberitahu isteri saya “apa dah jadi?"

Jadi tidak hairanlah jika mereka pun tergamak menggondolkan kawasan tadahan air di Empangan Pedu. Tak terfikir di kepala otak saya, sanggup sebuah kerajaan membenarkan penggondolan sebegitu rupa sehingga ke kaki tasik tadahan air.

Mengapa terburu-buru sangat? Saya mendapat tahu daripada beberapa pihak dalaman di Kedah dan Selangor, “mereka perlu ‘sapu’ hasil mahsyul dan kontrak-kontrak sekarang kerana bimbang kerajaan yang diterajui itu hanya sempat bernyawa sepenggal sahaja. Jika tak sapu, maka semuanya akan melepas..."

Itu pasal kena tebang dan gondolkan segera. Akibatnya musnah semua. Sedangkan kita kena ingat bekalan air yang diminum sekarang datangnya dari air-air yang dihasilkan oleh hutan-hutan itu.

Jika kerajaan BN dulu gelojoh mereka pun sudah lama menggondolkan kawasan di Pedu, Gunung Inas dan Bukit Hijau itu. Tapi ia tidak berlaku di zaman itu.

Kononnya, kerajaan Pas Kedah kata balak ditebang untuk dijadikan ladang rakyat. Ladang apa jika gunung dan bukit itu ratusan kaki tingginya, tak berbaloi langsung.

Saya terkejut kerana kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak melihat mengenai aspek pemeliharaan alam sekitar ciptaan Allah SWT ini.

Amat sedih sekali jika kita melalui jalan dari Sungai Petani ke Baling kita dapat melihat banjaran gunung-gunung bukan lagi menghijau, tapi sudah bertukar menjadi balur-balur merah angkara bulldozer penebangan balak.

Oleh itu, tertanya di hati saya, mungkin itulah sebabnya tiada kelihatan bendera-bendera Pas berkibar di Baling.

akah rakyat sudah bosan dengan Pas “yang cakap tak serupa bikin". Yang sudah dapat habuan mungkin gembira, tapi bagaimana yang tercicir?

Jika dulu kerajaan BN pun dikatakan rakus, namun kerajaan sekarang dilihat lagi bertambah rakus. Apakah benar kata-kata orang dalam kerajaan Kedah dan Selangor yang meramalkan “kerajaan mereka hanya kerajaan sepenggal sahaja."

Saya tidak mahu komen banyak. Kita tunggu dan lihat. PRU-13 menghitung hari.


No comments: