DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013
DATUK Seri Najib Tun Razak dan isteri
disambut ribuan rakyat pelbagai kaum sejurus tiba di majlis Sambutan
Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di perkarangan Pasaraya
Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN
ORANG ramai menunjukkan poster "Saya
Sayang PM" di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor
di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. -
UTUSAN
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi
jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah
pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya
pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana
sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan
semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan
memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.
DATUK Seri Najib Tun Razak bersama
Rosmah Mansor, Abdul Ghani Othman, Dr. Chua Soi Lek, Prof. Jamillah
Ariffin, Ong Ka Ting dan Hishammuddin Tun Hussein mengaul Yee Sang di
majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di perkarangan
Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN
"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima
kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai
kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang
bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan
menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.
"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi
faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan
dalamn tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak
perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan
Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya
Econsave Senai, dekat sini hari ini. - UTUSAN
KOMEN : APA NAK BUAT... JANJI TETAP DI TEPATI... BUKAN MACAM PKR SELANGOR... APA PUN TAK BOLEH....
No comments:
Post a Comment