DARI UTUSAN MALAYSIA
13/2/2013
SHAH ALAM 13 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor
dijangka mengumumkan keputusan sama ada akan membubarkan Dewan
Undangan Negeri (DUN) pada minggu depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan
tersebut akan dibuat selepas beliau selesai mengadakan perjumpaan
dengan para pemimpin pakatan pembangkang bagi menentukan sama ada
pembubaran itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini atau
sebaliknya.
"Buat masa ini kita (pemimpin pakatan pembangkang) belum bincang.
Kita akan umumkan (sama ada bubarkan DUN atau tidak) selepas
perjumpaan tersebut.
"Dalam minggu depan kita akan adakan perjumpaan tersebut," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari
ini.
Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid menyatakan pihaknya dijangka
mengumumkan pembubaran DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Meh,
iaitu kira-kira 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10
Februari ini.
Menurut Abdul Khalid pengumuman tersebut akan dilakukan sekiranya
selepas tempoh itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman
mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum
Ke-13 diadakan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pembubaran DUN
tersebut kecuali menyatakan pengumuman tersebut hanya dilakukan
selepas tempoh sambutan perayaan berkenaan. - UTUSAN
KOMEN : TAK SABAR RASANYA NAK TUNGGU DUN SELANGOR BUBAR... KALAU BOLEH MALAM NI ATAU ESOK PAGI PUN TAK APA... LAGI CEPAT LAGI BAGUS....
No comments:
Post a Comment