DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013
UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri
Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin
bererti 'ibu orang beriman.' Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri
Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah
SWT.
Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi
itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman
daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu
mereka…
Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan
bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa
pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat: …Dan kamu tidak boleh sama
sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan
isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala
yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
Perawi hadis
Ada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawi hadis Nabi
Muhammad SAW, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan,
Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah
seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang berpengetahuan luas. Ramlah pula
taat beribadat.
Isteri Nabi Muhammad SAW yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq
untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya
ialah Hafsah. Nabi Muhammad SAW mengahwini Zainab dengan tujuan untuk
membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.
Isteri-isteri Nabi SAW
Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya bertujuan untuk
membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi
keluarga Islam lainnya.
Tawanan perang
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perang di antara orang kafir dengan
orang Islam sering berlaku. Pada 6 Hijrah, kaum Bani Mustaliq yang
sangat memusuhi Islam menyerang kaum Muslimin tetapi kalah, lalu ditawan
oleh kaum Muslimin. Salah seorang tawanannya ialah, Juwairiyah, anak
pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban
dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad SAW
mengahwininya.
Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara
kaum Muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum Muslimin.
Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh
Yahudi yang sangat memusuhi Islam.
Nabi Muhammad SAW mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk
Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut
agamanya. Akhirnya, beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin
dengan Nabi Muhammad SAW
Ahl al-Bait
Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Di dalam
al-Quran, istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ummul
Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait
yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah
Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah
beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan
Ali dan Fatimah.
1 comment:
SLM BRO...ASSMIN TAK LUPE IBU DIA MASE SUSAH TAPI CEPAT PLAK LUPE KAT MAK DIA BILE DH DAPAT FERRARI KEHKEHKEHKEH
Post a Comment