Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 13 February 2013

'Ibu orang beriman'



DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013



UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti 'ibu orang beriman.' Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat: …Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.

Perawi hadis

Ada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad SAW, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat.

Isteri Nabi Muhammad SAW yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad SAW mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

Isteri-isteri Nabi SAW

Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya.

Tawanan perang

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perang di antara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6 Hijrah, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum Muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum Muslimin. Salah seorang tawanannya ialah, Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad SAW mengahwininya.

Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum Muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum Muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam.

Nabi Muhammad SAW mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya, beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW

Ahl al-Bait

Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Di dalam al-Quran, istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO...ASSMIN TAK LUPE IBU DIA MASE SUSAH TAPI CEPAT PLAK LUPE KAT MAK DIA BILE DH DAPAT FERRARI KEHKEHKEHKEH