KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak mengambil tindakan terhadap
pihak yang mencipta fitnah berhubung perbicaraan dakwaan rasuah oleh
sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene
buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa tindakan
sewajarnya diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah dan
kenyataan-kenyataan beliau bagi memfitnah kepimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka turut meminta agar pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat
Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah berkenaan
diharamkan kerana mengada-adakan isu perbicaraan yang kononnya sedang
berlangsung di Perancis.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun
Khairuddin berkata, pihak berkuasa harus bertindak memandangkan isu ini
berkait rapat dengan maruah Malaysia dan rakyatnya di mata dunia,
terutama dalam kalangan negara maju.
Katanya, pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal,
Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di
negara itu sebenarnya tidak berlaku itu, harus dipuji.
Pengakuan Charpanel sekali gus menepis fitnah, tanggapan dan
persepsi yang cuba diwujudkan Suaram serta parti-parti pembangkang
terhadap Perdana Menteri demi matlamat politik sempit mereka
semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh
beberapa portal berita dalam talian Malaysia berhubung perbicaraan
berkenaan tentang dakwaan isu kapal selam Scorpene. Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu
di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini
adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya.
Jelas Hamidzun, rakyat Malaysia berasa lega dengan kenyataan
Charpenel yang membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh
kerajaan adalah telus dan tidak meragukan.
Kenyataan daripada wakil Perancis ini sangat positif dan akan
melonjakkan lagi imej Perdana Menteri sebagai pengamal nilai ketelusan,
amanah dan keadilan terhadap segala urusan pentadbiran beliau," ujarnya.
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),
Muhammad Zahid Md. Arip pula yakin kenyataan Charpenel itu akan
meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat
akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat.
Menurut beliau, pembangkang pasti akan mendakwa pula Charpenel
merupakan tali barut atau perkakas yang digerakkan BN atau UMNO untuk
mengaburi rakyat, seperti pernah mereka lakukan pada isu-isu lain yang
tidak memihak kepada mereka.
Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri
di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah
gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk
memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan
mereka sendiri," kata beliau.
Perkara sama turut ditekankan Presiden Badan Bertindak Anti
Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang menyifatkan
pendedahan Charpenel sebagai cerminan kepada sikap buruk pembangkang dan
ketuanya, Anwar.
1 comment:
Aku rasa pemerintah kita tak bertelur untuk ambil tindakan terhadap SUARAM and gang....Be firm lah sikit denagan penyangak ni...let them face the music...ini tidak...
Post a Comment