TIADA mana-mana makhluk hatta haiwan sekali pun akan duduk diam jika hak dan wilayahnya diganggu-gugat.
China sedang bengang dengan Jepun kerana negara matahari terbit itu
menganggap sebuah pulau kecil, bernama Senkaku sebagai wilayahnya. China
menamakan pulau itu sebagai Diaoyu.
Filipina juga menyebabkan China dan negara-negara lain termasuk
Malaysia mengerut kening kerana menghantar 800 askar tambahan ke Pulau
Pagasa dalam gugusan Kepulauan Spratly. Gugusan itu dituntut oleh
beberapa negara di sekitar Laut China Selatan.
Kucing rumah saya akan meremang bulunya dengan sergahan marah jika kucing lain masuk ke rumah saya. Bagi binatang, garis teritorialnya ialah berdasarkan air kencing dan najisnya.
Begitu juga umat Islam jika agamanya dihina maka satu ummah dunia boleh bangkit.
Jadi tiada salah jika kita ingat mengingati supaya jangan ada pihak
yang membawa isu-isu yang boleh mengganggu-gugat hak orang lain.
Tidak salah jika saya ingatkan umat Islam negara ini mengenai
tuntutan-tuntutan cadangan penubuhan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama
(Interfaith Commission) yang pernah dibangkitkan tidak lama dulu, tapi
ditolak oleh kerajaan ini.
Oleh kerana kita ini mudah lupa, niat saya ialah sekadar mengingatkan
kembali kerana tidak mustahil tuntutan-tuntutan itu akan menjadi
realiti dan kenyataan jika kerajaan BN di bawah naungan UMNO ini jatuh
dalam PRU-13 ini.
Dengan niat ikhlas untuk ingat-mengingati sesama kita, bacalah mengenai IFC, pluralisme dan tuntutan-tuntutan itu.
Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia.
Di Indonesia, pada tanggal 28 Julai 2005, Majlis Ugama Islam
Indonesia (MUI) menerbitkan fatwa yang melarang pluralisme. Dalam fatwa
tersebut, pluralisme agama didefinisikan sebagai: Suatu fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan
kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap
pemeluk agama tidak boleh menuntut bahawa hanya agamanya saja yang benar
sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa
semua pemeluk agama akan masuk dan hidup dan berdampingan di syurga".
MUI dengan jelas menyatakan bahawa pluralisme dalam konteks agama bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini
berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ia boleh dilihat
dalam beberapa isu yang mula timbul. Analoginya pada tahun 2001,
timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC. IFC ini merupakan satu
Suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang
mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama
akibat desakan agama lain.
Suruhanjaya ini boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu
badan berkanun seakan-akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan
dengan agama.
Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultative Council of
Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) melalui
memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS kepada Majlis
Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
TERDAPAT 14 TUNTUTAN IFC:
1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi
kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak
boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh
Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina
dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana
kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
APA IMPLIKASI ANCAMAN IFC TERHADAP ISLAM?
1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada norma-norma
antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan akidah.
3. Orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang Islam bebas untuk murtad.
5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kita haruslah menentang
sekeras-kerasnya penubuhan IFC.
Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campur tangan oleh mereka yang bukan penganutnya.
Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal mengugat keselamatan negara.
Oleh kerana saya rakyat Malaysia dan beragama Islam, saya berhak mengingat-ingatkan semula ancaman ini kepada semua.
Orang tua-tua dulu pernah berpesan: Jangan bermain dengan api...
No comments:
Post a Comment