KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai individu yang angkuh dan tidak
boleh bertolak ansur sejak berada dalam kerajaan lagi.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, terdapat
peristiwa semasa beliau masih merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang
mendedahkan sikap negatif Anwar tersebut yang ketika itu merupakan
Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, peristiwa pada 1997 itu berhubung isu kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Negeri di Pulau Pinang.
"Pengarahnya bersara dan timbalan pengarah ketika itu sepatutnya
mengisi kekosongan tersebut, tetapi kerajaan Pusat bertindak memilih
calon yang lebih muda dengan alasan timbalan pengarah tersebut akan
bersara dalam tempoh setahun setengah. Saya berpendapat ia tidak adil.
"Kebetulan ketika itu Anwar berada di Pulau Pinang dan saya berjumpa
dengan beliau untuk berbincang mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Anwar
menegaskan saya tidak perlu campur tangan dan biar kerajaan Pusat
menentukannya, saya diarah melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri
sahaja," katanya.
Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di
sini hari ini. Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Tsu Koon, berikutan sikap angkuh Anwar tersebut beliau
merujuk pula kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Saya berbincang dengannya, beliau akui ia tidak adil dan berjanji
akan mengkajinya. Janji beliau ditunaikan kerana dalam masa empat hari
sahaja timbalan pengarah tersebut dilantik ke jawatan pengarah.
"Selepas mengetahui perkara itu, Anwar menghubungi saya dan menegur
tindakan membawa perkara tersebut kepada Najib. Beliau memarahi saya dan
menghempas telefon di akhir percakapan, ini membuktikan sikap angkuh
Anwar, tidak seperti Najib yang lebih bertolak ansur serta menepati
janji," jelasnya.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas ucapannya, Tsu Koon
memberitahu, tidak timbul isu dalaman berikutan tindakan sayap Pemuda
parti tersebut tidak menghantar wakil untuk sesi perbahasan kerana nama
yang dihantar ditolak Speaker.
"Kami demokratik, apa yang disuarakan Ketua Pemuda, Lim Si Pin dianggap suara orang muda.
"Orang muda ini mereka vokal dan agresif, kami faham situasinya
kerana pucuk pimpinan sedia ada termasuk saya juga berasal daripada
sayap Pemuda, tidak timbul isu wujud krisis dalaman," ujarnya.
KOMEN : TENGUK AIR MUKA PUN TAHU....
No comments:
Post a Comment