DARI UTUSAN MALAYSIA
4/10/2012
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang
itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin
kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang
mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit
Siang.
Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi
Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk
mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.
Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau
pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang
oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil
rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri
Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet
2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu
telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.
Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.
Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang
itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali
kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.
Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.
Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan
Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar
perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.
Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua
ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.
Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis.
KOMEN : PERUT SENDIRI PUN TAKUT NAK MENGAKU....
No comments:
Post a Comment