SHAH ALAM 9 Sept. - Krisis air di Lembah Klang
yang dijangka berlaku pada 2014 semakin menjadi kenyataan apabila
kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini tetap berkeras
untuk tidak membenarkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2)
dilaksanakan.
Pendirian itu diulangi walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam kerajaan akan mengeluarkan tender
tawaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak lama lagi.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja
Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier
Jayakumar (gambar) berkata, keputusan itu merupakan pendirian
kerajaan negeri selagi Kerajaan Pusat tidak menyatakan persetujuan
terhadap syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya untuk mengambilalih
pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengambilalihan itu, kata beliau, merupakan sebahagian rancangan
kerajaan negeri untuk menstruktur semula pengurusan bekalan air di
Selangor.
"Jika Kerajaan Pusat mahu mengeluarkan tender untuk teruskan projek
Langat 2, ia terpulang kerana itu hak mereka. Namun, Kerajaan Pusat
perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri termasuk
daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri membabitkan kelulusan
Perintah Pembangunan (DO).
"Bagaimanapun, kerajaan negeri kekal dengan pendirian sebelum ini
iaitu tidak akan membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan selagi
Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan syarat kerajaan negeri untuk
penstrukturan pengurusan bekalan air di negeri ini," katanya ketika
dihubungi di sini.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin itu tentang keputusan Kerajaan
Pusat untuk mengeluarkan tender tawaran pembinaan projek Langat 2 tidak
lama lagi walaupun Kerajaan PKR Selangor tidak meluluskan DO demi
kepentingan rakyat negeri ini.
Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas
Kabinet mengenai Air Selangor yang dipengerusikan beliau bagi menangani
masalah air di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Seri Andalas menganggap hasrat 683 pengguna air di negeri ini
untuk memfailkan tuntutan tunggakan subsidi air di bawah skim air
percuma yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya
Umum Ke-12 di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai satu tindakan bersifat
politik.
KOMEN : APA NAK HAIRAN, SEMUANYA PASAL JANJI BODOH PUAK PEMBANGKANGLAH... RAKYAT PUN PUN PANDAI BERPOLITIK... JANGAN LAYAN KEHENDAKI PARIAH NI... NANTI KES AIR PUN JADI MACAM KES SAMPAH SARAP YANG HINGGA SEKARANG TAK SELESAI LAGI...
No comments:
Post a Comment