Khatib memang amat berkesan ketika dia mengatakan bahawa seluruh umat
manusia akan menentang penjajahan dan itulah yang dilakukan oleh semua
orang.
Tetapi ketika beliau mengatakan bahawa kemerdekaan itu yang
sebenarnya ialah kemerdekaan untuk manusia menyembah Allah SWT, maka
sekiranya kemerdekaan ini tidak diperoleh oleh manusia, hal ini bermakna
mereka belum lagi merdeka sungguhpun mereka merdeka dari segi
penjajahan politik.
Contoh-contoh dari ayat al-Quran yang dibawanya tentang kemerdekaan
untuk menyembah Allah, termasuk tentang kisah Masyitah juru andam isteri
Firaun, para ahli sihir Firaun yang memeluk Islam ketika menyaksikan
kebenaran Nabi Musa dan Ashab Al-Ukhdud, yang semuanya berjuang tanpa
takut kerana hendak menyembah Allah, rasanya tidak membawa apa-apa
maksud untuk membandingkan keadaan itu dengan keadaan di negara kita.
Siapakah yang menentang dan mengongkong rakyat Malaysia daripada
menyembah Allah? Apakah kerajaan Malaysia selama ini di bawah pimpinan
orang Islam pernah mencegah orang Islam daripada menyembah Allah?
Apakah selama ini pemerintah Malaysia menghukum dan memenjarakan umat
Islam yang menyembah Allah? Siapakah yang selama ini mendirikan masjid
dan surau, sekolah agama, sekolah Quran, kolej agama, universiti Islam
dan sebagainya untuk orang Islam mendalami ilmu pengetahuan agama dan
sebagainya?
Orang-orang yang jahil pun tahu membezakan kiasan dan perbandingan
yang dibuat oleh khatib ini seperti yang diceritakan oleh Allah di dalam
al-Quran itu dengan keadaan yang sebenarnya di Malaysia sejak negara
ini mencapai kemerdekaannya 55 tahun yang lalu.
Perbandingan atau 'qiyas' ini langsung tidak mempunyai asasnya dan
jauh sekali daripada kebenarannya, kerana apa yang dibicarakan tentang
jihad para Nabi untuk membebaskan pengikutnya daripada kekufuran dan
kekejaman Firaun itu adalah amat berbeza.
Ia tidak mempunyai sebarang konteks dengan keadaan orang Islam di
Malaysia pada hari ini yang tidak pernah ditindas dan dibunuh atau
diperangi kerana keperluan mereka menyembah Allah, malah umat Islam di
Malaysia selama ini adalah digalakkan, diajar, dinasihati, diberikan
ilmu dan segala-galanya untuk mereka menyembah dan berbakti kepada Allah
SWT dengan bersungguh-sungguh.
Kerana itu saya fikir, khatib perlu memahami rasa hati dan psikologi
para jemaah sebelum daripada bertindak mengelirukan mereka dengan niat
hati khatib yang tidak dapat mereka fahami itu.
Apa lagi dalam isu-isu kebangsaan, dan tohmahan bahawa kerajaan
selama ini hanya berjuang untuk memberikan keadilan semata-mata
berdasarkan etnik, bangsa dan agama yang tertentu, yang dalam isu ini
pun nampaknya sekali lagi khatib ini telah tersasar daripada tujuannya
untuk mempengaruhi para makmum supaya berdiri di belakangnya sebagai
orang kuat parti pembangkang.
Sebab itu saya katakan bahawa maksud dan matlamat khatib ini hanya
dia sendiri sahaja yang memahaminya, sedangkan makmum, sama ada yang
cerdik atau kurang cerdik, yang taksub atau tidak taksub, tidak memahami
maksudnya itu, kecuali jemu dan gelisah dengan segala isi khutbah dan
doanya yang amat panjang berjela-jela, terutamanya ketika dia berdoa
meminta Allah memberikan kemenangan kepada orang-orangnya itu,
seolah-olah semua para jemaah pada hari itu adalah terdiri daripada
penyokong pembangkang.
Sebab itu tidak hairanlah apabila selesainya sahaja solat Jumaat pada
pukul 2.15 petang, para jemaah segera bangun meninggalkan ruang masjid
dengan menggeleng-geleng kepala mereka, agaknya kesal datang
bersembahyang di situ.
KOMEN : JADIKAN IKTIBAR, RASANYA KAT MASJID SAYA SEMBAHYANG PUN LEBIH KURANG MACAM TU JUGA
No comments:
Post a Comment