DARI UTUSAN MALAYSIA
17/9/2012
BINTULU 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua
pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang
sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16
September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara
ini tanpa mengira latar belakang.
Apa yang penting tambah beliau, rakyat perlu menerima pembaharuan
dengan mengorak langkah ke hadapan bersama-sama kerajaan merealisasikan
hasrat mencapai status sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Tidak perlulah mempertikaikan mana yang lebih besar, sama ada 31
Ogos atau 16 September lebih bermakna kerana kedua-dua adalah tarikh
keramat untuk negara dan paling penting, Sarawak sudah merdeka dalam
Malaysia.
Orang Barat kata, no use looking back but let us looking forward
(tidak ada guna bergerak ke belakang sebaliknya marilah bersama-sama
menuju ke hadapan), dan looking forward (menuju ke hadapan) itu
menjadi negara Malaysia yang maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi,"
katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di
Kampung Assyakirin, di sini hari ini.
Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri,
Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.
Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu, Najib turut
merasmikan Padang Futsal Kampung Assyakirin serta menyampaikan sumbangan
berupa wang tunai RM10,000 kepada empat buah kampung terpilih.
Dalam pada itu, kesanggupan orang ramai berbaris sepanjang kira-kira
satu kilometer seawal 4 petang untuk menyambut ketibaan dan bersalaman
dengan beliau turut menarik perhatian Najib.
Kami mengambil masa 35 minit untuk sampai ke pentas kerana ramainya
orang mahu bersalam dan perkara ini tidak ada dalam program.
Kalau bersalam di sebelah kanan, yang kiri pula bertempik PM...PM.
Malah, ada yang menjerit I love u PM, itu tidak mengapa jangan I love
u Najib takut jadi lain," seloroh beliau.
No comments:
Post a Comment