Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 10 October 2011

Santa Fe baharu langkaui jangkaan pelanggan


DARI UTUSAN MALAYSIA
10/10/2011





Hyundai-Sime Darby Motors memperkenalkan kenderaan sport utiliti (SUV) terbaharu, Santa Fe 2.2 liter diesel dan 2.4 liter petrol edisi premium.

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Hyundai-Sime Darby Motors (Hyundai-Sime Darby) memperkenalkan kenderaan sport utiliti (SUV) terbaharu, Santa Fe 2.2 liter diesel dan 2.4 liter petrol edisi premium.

Model yang dipasang sepenuhnya di negara ini, menampilkan rekaan dalaman dan luaran lebih elegan dan sporty.

Pengarah Urusannya, Dennis Ho berkata, barisan model Santa Fe yang dipertingkatkan itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menambah baik dalam menawarkan kelas kenderaan terbaik kepada pengguna.

Model Santa Fe berkuasa 2.2 liter diesel manakala model 2.4 petrol kini boleh didapati dalam spesifikasi premium yang didatangkan dengan hiasan luaran dan dalaman dipertingkatkan seperti jeriji depan yang direka semula, gril lampu kabus hitam berkilat, depan dan plat skid belakang selain hiasan krom serta tayar bersaiz 18 inci rekaan baharu.

Satu lagi ciri edisi premium ini ialah brek Kawalan Menuruni Bukit (DBC) yang menggunakan kawalan hidro-elektronik untuk mendapat maklumat daripada kelajuan roda, sudut stereng dan deria pecutan untuk mengekalkan kawalan dan kelajuan penurunan curam tanpa menggunakan brek.

"Sante Fe memang memberi nilai kepada wang dengan transmisi automatik penyelenggaraan bebas enam kelajuan, penyesuaian tambahan secara elektronik mendorong perubahan sistem empat pacuan daripada dua roda kepada empat roda dalam seketika atau 4 roda kunci pada sentuhan butang.

''Kami berusaha memberikan ciri dan kualiti kenderaan yang melangkaui jangkaan pelanggan,'' katanya di sini.

Harga di atas jalan tanpa insurans bagi model 2.2 diesel ialah RM169,258 manakala 2.4 petrol berharga RM158,517 untuk Semenanjung Malaysia.

No comments: