Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 October 2011

JENAYAH - PELAJAR AFRIKA - INI KATA MENTERI KPT..


Kes jenayah pelajar Afrika rendah
Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Penglibatan pelajar antarabangsa khususnya warga Afrika dalam kes jenayah di negara ini adalah rendah dan terkawal.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbandingan sejumlah 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika yang terlibat dengan kesalahan dadah daripada kira-kira 20,000 pelajar Afrika yang berada di negara ini membuktikan kes tersebut adalah kecil.

"Mereka memang datang untuk belajar, jadi kita sepatutnya memberi peluang kepada mereka untuk menuntut ilmu di sini bagi memajukan negara mereka.

''Namun, jika kita memberi gambaran pelajar Afrika jahat, sudah tentu orang ramai akan melihat sebegitu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan syarahan kepimpinan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian akan terus bersikap terbuka dalam soal pengambilan pelajar antarabangsa ke negara ini di samping memperbaiki sistem saringan bagi memastikan mereka ialah pelajar tulen.

''Kementerian melihat perkara ini sebagai peluang Malaysia membangunkan negara lain dari segi menyediakan pendidikan di peringkat antarabangsa.

''Kecualilah rakyat negara ini kata ia tidak perlu dan kita hidup dengan cara kita saja tanpa penglibatan orang luar,'' katanya.

Ditanya mengenai enam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang ditarik balik kelulusan pelajar antarabangsa, Mohamed Khaled menjelaskan, kementerian bertindak sedemikian apabila didapati ia tidak mampu menguruskan pelajar antarabangsanya.

''Kementerian sentiasa bekerjasama dengan IPT dan Jabatan Imigresen dalam hal ini serta mengambil tindakan terhadap institusi yang didapati tidak melaksanakan apa yang telah diputuskan,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menjelaskan, kementerian menyokong penuh saranan Shamsul Amri bagi mewujudkan badan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sosial di negara ini bagi mengkaji segala permasalahan negara.

''Kita memang memerlukan satu kajian yang berterusan agar sentiasa dalam keadaan bersedia. Malah, ia akan menjadi satu contoh kepada negara lain,'' katanya.

KOMEN : BIAR MEREKA JADI BARAH DALAM DAGING... BILA DAH PARAH BARU NAK BERTINDAK...

2 comments:

Anonymous said...

ni lah akibatnya bila menteri malas buat kerja.kpdn-harga barang dah naik baru nak tubuhkan skuad pantau harga barang selepas kenaikan harga barang berlaku.siap amaran itu dan ini.KPT plak kes melibatkan pelajar dr afrika ni.sepatutnya bila ada kes,bekukan terus kemasukan pelajar afrika.malanglah timbalan plak sibuk 'berpolitik budak2' dalam kampus.x boleh diharap langsung.timbalan eloklah ditukar kementerian wanita.

AJAI62 said...

Assalam Anon

Rasanya Timb. Menteri tu dah banyak buat kerosakan pada sistem IPT di Malayisa... Dia tak layak pun sebenarnya untuk jadi apa2 menteri di mana2 kementerian... Banyak menteri dalam kabinet Najib ni macam sampah... Bapok