Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 October 2011

Karavan berharga RM8.09 juta


DARI UTUSAN MALAYSIA
21/10/2011





EleMMent palazzo

SYDNEY 20 Okt. - Karavan paling mahal di dunia yang dibina oleh syarikat Australia, Marchi Mobile akan dijual pada harga 1.9 juta Euro (RM8.09 juta).

Kenderaan yang dikenali sebagai eleMMent palazzo itu mempunyai kepanjangan 12 meter dan dilengkapi dengan bumbung teres seluas 20 meter persegi, sistem pemanas di bawah lantai serta bar.

Karavan mewah itu turut mempunyai satu bilik tidur besar dengan dilengkapi televisyen 40 inci, bilik mandi, tandas berasingan, ruang istirehat dan katil bertingkat.

EleMMent juga boleh dipasang dengan talian Internet bergerak, pengawasan video, televisyen satelit dan dilengkapi cahaya di waktu malam bagi meningkatkan keselamatan.

Namun apa yang paling menakjubkan ialah mesin 'sky lounge' yang boleh dibuka dengan hanya menekan butang dan sistem pemanas di bawah lantai serta bar.

Menurut Marchi Mobile, eleMMent palazzo dipasang enjin 510 kuasa kuda, sekali gus membolehkan karavan seberat 20 tan itu memecut sehingga 150 kilometer sejam.

Reka bentuknya yang aerodinamik juga menjadikannya kenderaan berat yang efisien. - AGENSI

KOMEN : ADA YANG MINAT...? BERAPA BIJI BANGLO BOLEH DIBELI DENGAN HARGA RM 8.09 JUTA TU...?

No comments: