Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 14 October 2011

LMP pula 'serang' Kedutaan Besar Malaysia


Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

Sebahagian daripada peserta demonstrasi membawa sepanduk berbentuk provokasi di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam.

JAKARTA 13 Okt. - Jika semalam, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta 'diserang' oleh kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR), hari ini sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan, Laskar Merah Putih (LMP) turut mengadakan tunjuk perasaan yang sama.

Bezanya, tindakan LMP hari ini tidak liar dan ganas seperti mana FBR yang selama ini cukup terkenal sebagai pejuang hak asasi kemanusiaan rakyat Indonesia.

Namun, kehadiran 70 penunjuk perasaan yang mewakili LMP tetap memperlihatkan rasa kurang hormat mereka kepada kedaulatan Malaysia.

Pelbagai penghinaan dan cacian dilemparkan dalam aksi tunjuk perasaan yang berlangsung selama satu jam setengah itu.

Mereka turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Malaysia dengan tulisan berbaur provokasi.

Aksi tunjuk perasaan yang dipimpin oleh Ketua Umum LMP, Adek Erfil Manurung mendokong misi yang sama dengan FBR iaitu membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat sejak seminggu lalu dihangatkan oleh media tempatan.

Pada demonstrasi hari ini juga, LMP turut mengemukakan pernyataan sikap kepada seorang kakitangan Kedutaan Besar Malaysia yang meminta kerajaan Malaysia menyelesaikan isu perbatasan antara kedua-dua negara.

Kumpulan itu turut menegaskan, untuk mengadakan demonstrasi yang sama secara besar-besaran pada 28 Oktober ini.

Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia.

Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas.

Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. - UTUSAN

KOMEN : MEREKA NI BUKAN TAHU APA? MESTI KENA UPAH TU... HASUTAN DARI PUAK PEMBANGKANG UNTUK MERUSUH... MEREKA NI SENDIRI NAK HIDUP PUN SUSAH SIBUK PASAL NEGARA ORANG LAIN... CARI AJE HANTU DIA KAT MALAYSIA MESTI ADA AGENDA NAK MEMALUKAN NEGARA...

No comments: