Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 3 August 2011

UTUSAN MALAYSIA LAGI JUJUR

Media Barat bukan penyampai kebenaran sebenar - Tun Mahathir
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.8.2011


KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sesetengah media Barat bukanlah penyampai kebenaran sebenar seperti yang disangkakan semua pihak selama ini.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila ada di antara mereka yang sanggup menipu dan menyalahgunakan kedudukan, selain mengabaikan aspek hak asasi manusia untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.

"Kita terima apabila mereka kritik tentang rekod buruk hak asasi manusia ataupun hal rasuah dan ketidakadilan yang kita amalkan.

"Kita juga selalu merasakan bahawa mereka sentiasa betul.., bahawa mereka tidak menyukai kita, mereka selalu mematuhi kod etika dan mereka benar-benar jujur serta ikhlas.

"Namun realitinya adalah (sesetengah) wartawan media Barat sebenarnya (yang) tidak bermoral dan korup, sama seperti tuduhan yang mereka lemparkan kepada kita," katanya yang dipetik dalam blognya di http://chedet.co.cc hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian bagi mengulas langkah syarikat media berpengaruh Britain, The International News yang menamatkan operasi akhbar tabloid mingguan Ahad miliknya, News of the World kerana terlibat dalam skandal penggodaman telefon serta dilihat menggugat operasi lain dalam syarikat induk itu.

Akhbar tersebut sebelum ini didakwa telah mendapatkan cerita panas dengan membayar pihak polis untuk menggodam telefon seorang gadis yang dibunuh serta keluarga tentera yang terkorban.

Dr. Mahathir berkata, skandal News of the World itu telah mengesahkan bahawa wartawan media Barat bukanlah penyampai kebenaran seperti yang mereka sepatutnya bertindak.

"Saya menulis perkara ini bukan kerana menjangkakan media Barat akan berubah. Mereka tidak akan berubah terutamanya mengenai pendapat mereka tentang pemimpin yang lantang mengkritik dunia Barat.

"Tetapi saya menulis perkara ini hanya untuk menarik perhatian bahawa sebenarnya sesetengah media Barat dan wartawan mereka bukanlah penyampai kebenaran seperti yang kita selalu sangkakan," katanya.

KOMEN : TAPI PELIK YA RAMAI YANG MEMPERCAYAI APA YANG ORANG BARAT CAKAP? SIAP SANGGUP JADI TALIBARUT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH... BUKAN DERHAKA KE NAMANYA TU...?

No comments: