Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 1 August 2011

HARI PAHLAWAN


Tingkat semangat setia negara
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my



TUANKU Mizan Zainal Abidin melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat utama pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 31 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat berbilang kaum supaya meningkatkan semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Seri Paduka bertitah, semangat sedemikian perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa sebagai mengenang jasa para pejuang dan pahlawan negara.

"Sesungguhnya negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka yang telah sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

"Hakikatnya, keamanan kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati hari ini tidak adakan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang mereka lakukan.

"Justeru, bersempena sambutan Hari Pahlawan ini, beta menyeru semua peringkat lapisan rakyat agar meningkatkan lagi semangat patriotisme dan ia perlu dipupuk serta disemarakkan sepanjang masa,'' titah Seri Paduka sempena Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seri Paduka bertitah, selain meningkat semangat patriotisme dan cintakan negara, rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan juga diseru supaya bersama memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pahlawan negara yang masih ada atau untuk balu, keluarga serta waris mereka.

"Beta bersyukur kerana kerajaan beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerahkan.

"Pada waktu sama, kerajaan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada ahli keluarga mereka termasuk anak dan isteri. Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan,'' titah Tuanku Mizan.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Mizan berharap golongan pahlawan yang telah hilang upaya serta sanak saudara mereka yang kehilangan tempat bergantung agar dapat menempuh ujian serta dugaan hidup dengan penuh ketabahan.

"Bagi yang masih berkhidmat, teruskan khidmat bakti murni ini. Ingatlah bahawa harapan masyarakat cukup tinggi. Sebagai perisai dan pedang negara, jalankan amanah dan tanggungjawab secara terbaik.

"Beta juga berharap setiap pasukan keselamatan tetap meneruskan perjuangan memelihara keamanan dunia yang menjadi pra syarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

"Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan sifatnya yang berbilang kaum akan mampu menunjukkan jalan ke hadapan serta memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keamanan dunia,'' titah Seri Paduka.

Terdahulu pada istiadat sambutan berkenaan, Tuanku Mizan berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat utama dan menyaksikan persembahan pantomin mengenai sejarah pejuang negara termasuk Peristiwa Bukit Kepong.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan titah Tuanku Mizan dan serentak dengan itu laungan 'Daulat Tuanku' tiga kali sebelum sambutan diakhiri dengan bacaan doa.

Istiadat tahun ini merupakan kali kedua diadakan di Dataran Merdeka selepas berpindah dari Tugu Negara, tahun lalu.

KOMEN : KEPADA PARA PAHLAWAN NEGARA, JASAMU TETAP DIKENANG WALAUPUN KAU GUGUR KETIKA MEMPERTAHANKAN WARISAN TANAH AIR MU YANG SEMAKIN TERBILANG. TANPA JASA-JASA MU AKAN ADAKAH NEGARA MALAYSIA YANG MENJADI KEBANGGAAN ANAK CUCU MU? MENGAPAKAH KETIKA INI ADA SEGELINTIR RAKYAT YANG MENJADI PENYANJUNG MUSUHMU YANG TELAH KAU LENYAPKAN DARI BUMI TERCINTA INI? ADAKAH MEREKA MERUPAKAN PENDERHAKA TERHADAP KEDAULATAN NEGARA MEREKA SENDIRI? MUNGKIN MEREKA TERLUPA BAHAWA SEJARAH TIDAK AKAN DILUPAKAN DAN DIHAPUSKAN...

No comments: