Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 18 August 2011

Pembangkang ditempelak pertikai aset pertahanan


KALAU IKUT PEMBANGKANG HABIS SEMUA DIJUALNYA




DR. Abdul Latiff Ahmad mencedokkan makanan untuk anggota TLDM semasa majlis bersahur bersama warga KD Pahang di tengah Laut China Selatan, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

LABUAN 17 Ogos - Para pemimpin pembangkang ditempelak kerana berterusan mempertikaikan keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, sikap itu berbeza dengan pembangkang di negara-negara maju yang mempunyai pemikiran sama dengan pemerintah apabila berhadapan isu-isu pertahanan negara mereka.

Menurut beliau, mereka tahu dan sedar mengenai batasan yang perlu dipatuhi kerana percakapan, perdebatan dan perbezaan pendapat akan membuka ruang untuk mendedahkan segala kelemahan dan kekurangan sistem persenjataan kepada negara lain.

"Jika pembangkang hebat dan handal, inilah juga kapal perang, kapal selam Scorpene dan aset pertahanan negara yang akan digunakan jika ditakdirkan mereka menjadi pemerintah kelak. Bagaimana mereka hendak berhadapan dengan para anggota yang berterusan diperlekehkan.

"Sepatutnya jika ingin menjadi pembangkang, biarlah yang berstatus kelas pertama. Tidak perlulah aset pertahanan negara dikritik dan diburuk-burukkan kepada negara luar," katanya kepada pemberita selepas menyertai majlis bersahur bersama warga kapal peronda generasi baru (NGPV) KD Pahang di tengah Laut China Selatan di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Pertama, Datuk Mohammad Rosland Omar dan Komander KD Pahang, R. Chandra Sehgaran.

Dr. Abdul Latiff diminta mengulas tindakan pembangkang yang berterusan mempersoalkan kerajaan dalam urusan memantapkan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Ditanya mengenai tohmahan pembangkang mengenai harga tinggi dibelanjakan kerajaan dalam pembelian sesuatu aset berbanding negara lain yang turut memilikinya pada kos lebih murah, beliau menjelaskan, ia berlaku kerana faktor kelengkapan persenjataan.

"Sebanyak 40 peratus harga kapal perang bergantung kepada sistem persenjataan yang digunakan, negara lain beli murah tetapi mungkin mereka tidak membeli beberapa kelengkapan.

"Contohnya kapal tempur pesisir (LCS) termoden yang dipunyai British bernilai RM2.7 bilion dan aset sama dimiliki oleh Maghribi hanya pada harga RM1.4 bilion, kenapa berlaku perbezaan yang tinggi?.

"Kedua-dua negara tidak akan mendedahkan kepada umum kelengkapan yang dimiliki dan tidak dimiliki. Ia juga dilakukan oleh negara lain kerana faktor keselamatan negara," katanya.

KOMEN : KALAU IKUT CARA POLITIK PUAK PEMBANGKANG SETIAP PEMBELIAN MESTI ADA UNSUR-UNSUR RASUAH.. SEBAB HATI BUSUK MEREKA DAN SIFAT DIA AJE YANG BETUL SERTA BODOH TAK BOLEH DIAJAR... DIHUJUNG PERCAKAPAN TERSEMBUR PERKATAAN RASUAH... SIAPA YANG RASUAH? APA BUKTINYA? APA FAKTANYA?

No comments: