Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 2 August 2011

FI - Heidfeld cemas jentera terbakar







Nick Heidfeld keluar dari keretanya yang terbakar ketika GP Hungary di Litar Hungaroring, dekat Budapest kelmairn. - REUTERS

BUDAPEST - Pemandu Jerman, Nick Heidfeld lega kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas jentera Renault yang dipandunya terbakar sewaktu perlumbaan Grand Prix Hungary, kelmarin.

Menurut pelumba berusia 34 tahun itu, dia pernah mengalami insiden sama awal tahun ini pada Grand Prix Sepanyol, tetapi kejadian kali ini lebih buruk dan menakutkan.

Jentera Heidfeld mula terbakar selepas dia keluar daripada hentian pit yang mengambil masa agak lama kerana masalah pada nat tayar.

Pasukan Renault percaya kebakaran berpunca daripada ekzos yang terlalu panas ketika jentera tersebut berhenti.

Heidfeld yang keluar daripada pit, berharap apabila dia meningkatkan kelajuan jentera, ia akan memadamkan api yang sedang menyala, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila keadaan bertambah buruk.

Sebaik sahaja dia berhenti di tepi litar, berlaku letupan pada jentera.

"Ia amat menakutkan. Di Barcelona, apabila saya menyaksikan berlakunya kebakaran kecil, saya sempat berhenti. Namun kali ini, apabila saya lihat api, ia semakin panas.

"Saya dapat merasakan suhu yang meningkat. Ia agak menakutkan berbanding di Barcelona," kata Heidfeld.

Katanya, pasukannya masih menyiasat bagi mencari punca insiden tersebut berlaku.

"Mereka masih menyiasat. Hentian pit yang lama mungkin salah satu punca," katanya. - AFP

No comments: