Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 26 August 2011

ISU MURTAD


Perlu berjihad halang usaha murtadkan orang Islam - Harussani




SHAH ALAM 25 Ogos - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam sudah sampai ke peringkat perlu berjihad untuk menangani usaha penyebaran agama lain memurtadkan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menegaskan, perkara yang bersangkutan dengan soal akidah adalah sesuatu yang umat Islam tidak boleh bertolak ansur dan ia wajib dipertahankan.

"Wajib berjihad kerana mereka tidak boleh ubah agama orang Islam, kita wajib pertahankan. Kalau kita tidak berjihad, habislah kita," katanya pada program wacana ilmu bertajuk 'Ulama Politik: Untuk Dakwah atau Parti' di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, semalam.

Forum tersebut turut menampilkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya sebagai ahli panel manakala bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Asri Zainul Abidin sebagai moderator.

Menurut Harussani, pihaknya telah mendapat maklumat bahawa pada 2 dan 3 September ini, kumpulan yang melaksanakan gerakan terbabit akan mengadakan pertemuan di ibu negara.

"Jadi kita sama-sama perlu menghalangnya," tegas beliau.

Katanya, sebelum ini beliau pernah membangkitkan soal lebih 230,000 orang Islam telah dimurtadkan tetapi banyak pihak yang mempertikaikan dakwaan tersebut dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Sedangkan katanya, pihaknya telah mengemukakan laporan terperinci termasuk butiran lokasi dan rumah ibadat tertentu yang menjadi lokasi gerakan tersebut.

"Saya pernah menyatakan kepada Ketua Hakim Negara bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan. Jadi apabila timbul konflik, Islam itu mesti dizahirkan," katanya.

Harussani berkata, golongan ulama meskipun mempunyai perbezaan fahaman politik, mereka tidak seharusnya bertelagah dalam isu yang berkaitan akidah dan syariah.

Namun, katanya, kadangkala pengikut di peringkat bawahan yang menjadi masalah sedangkan para pemimpin politik di peringkat atasan boleh berjumpa malah makan bersama termasuk ketika sesi Dewan Rakyat berlangsung.

"Tidak kira parti, ulama perlu tampil menyatakan kebenaran dan segera bertindak mengatasi keburukan," katanya.

Dalam pada itu, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan sebagai gereja di Petaling Jaya baru-baru ini, Tuan Ibrahim mahu agensi itu segera menyelesaikan masalah tersebut.

"Jangan lewat sangat, sebab itu kita hendak jumpa JAIS dan juga gereja kerana hendak dengar daripada kedua-dua pihak. Sebarang polemik tidak baik untuk negara," katanya.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, umat Islam perlu memberikan peluang perubahan ke arah kebaikan yang dapat dilakukan melalui kemasukan golongan ulama muda dalam UMNO meskipun terpaksa mengambil masa yang lama.

KOMEN : MASALAHNYA ADA ORANG ISLAM YANG MENYOKONG PERGERAKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM ITU.. PARTI YANG MENGAKU LEBIH ISLAM PUN MEMBISU DAN CUBA MENYALAHKAN UMNO... TABUR FITNAHLAH TU...

No comments: