Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 16 August 2011

KHALID BERJANJI PADA SIAPA?


Tunggu laporan selesai, baru isu status gereja - MB




SHAH ALAM 15 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor setakat ini tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) walaupun kewujudannya didakwa melanggar syarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia memandangkan kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar sedang menjalankan kajian mengenai status gereja tersebut.

Katanya, kajian tersebut termasuk mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas gereja tersebut pada 3 Ogos lalu kerana didakwa mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Kita sedang buat kajian tentang itu (status gereja berkenan). Saya tidak kata gereja itu langgar syarat pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi kita akan teliti perkara itu dalam laporan yang sedang dibuat ini.

"Buat masa ini, kajian itu sedang dijalankan. Kajian dibuat oleh Pejabat Menteri Besar sendiri dibantu oleh pihak perundangan sebelum laporan itu (status gereja dan pemeriksaan JAIS) akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa DUMC sebagai 'gereja haram' kerana dibina tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Berdasarkan laporan itu, MBPJ menyatakan pentadbiran DUMC telah menyalahgunakan permohonan yang diberikan yang hanya membenarkan untuk membina pusat komuniti, bukannya sebuah gereja.

Bagaimanapun laman blog, http://www.pisau.net mendakwa tiga Exco kerajaan negeri dikatakan telah mengarahkan MBPJ supaya tidak menyita DUMC, termasuk mengugut akan menukarkan mana-mana kakitangan PBT itu sekiranya melaksanakan tindakan tersebut.

KOMEN : SEBAGAI KERAJAAN YANG MEMERINTAH TIDAK MUSTAHIL STATUS YANG HARAM AKAN MENJADI HALAL... PUAK PEMBANGKANG NI SEJAK DULU SAMPAI SEKARANG AKAN MENGGUNAKAN SEGALA CARA UNTUK MENGHALALKAN MATLAMAT POLITIK MEREKA... PARTI PAS PUN DAH MULA MENUNJUKAN JARI KEPADA UMNO... KITA ANGGAPLAH JANJI MB SELANGOR TU UNTUK ORANG KAFIR... BUKAN UNTUK MEMBELA NASIB ORANG ISLAM... KITA TUNGGU DAN LIHAT...

No comments: