Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 16 August 2011

KENAPA AMBIGA MASIH BEBAS?


Ambiga: Peguam Negara perlu lebih serius




KUALA LUMPUR 15 Ogos - Jabatan Peguam Negara digesa lebih serius untuk menyegerakan siasatan ke atas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan mereka yang menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, langkah itu penting untuk mengelakkan kredibiliti badan tersebut dipertikaikan oleh rakyat.

Menurutnya, selaras dengan semangat Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara, siasatan ke atas kumpulan itu adalah wajar supaya rakyat tahu tentang tindakan yang dikenakan terhadap sesebuah pertubuhan haram yang menganjurkan demonstrasi.

"MBM khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan pendekatan undang-undang, insiden seumpama boleh berulang.

"Ada rakyat yang telah mula mempersoalkan tentang Ambiga, apakah dia mempunyai imuniti dan lebih istimewa kedudukannya dari segi undang-undang berbanding rakyat Malaysia yang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam memberi kata dua kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa segera Ambiga atau bakal berdepan dengan tindakan luar jangkaan daripada pertubuhan itu.

Irmohizam berkata, sewajarnya Jabatan Peguam Negara mempercepatkan proses tindakan terhadap kumpulan Bersih kerana rakyat sehingga hari ini masih menunggu keputusan daripada jabatan dan kerajaan.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, jika kerajaan enggan mendakwa Ambiga, dibimbangi kumpulan Bersih akan menjadikan himpunan haram sama seperti rusuhan di London.

''Kita sayangkan rakyat Malaysia, oleh itu kita akan terus mendesak kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Ambiga dan mereka yang terbabit dengan perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

"Kerajaan tidak boleh tunggu lagi kerana lama-kelamaan rakyat akan menjadi marah dan menyampah. Kita tidak mahu perhimpunan haram pada 9 Julai lalu merebak sehingga menjadi parah,'' jelas beliau.

KOMEN : KENAPA MEREKA-MEREKA YANG MERUSUH MASIH BEBAS DAN TERUS MELAKUKAN FITNAH?.. KESABARAN RAKYAT YANG MEMBENCI KEGANASAN ADA HADNYA... YANG SALAH TETAP SALAH... DEMI KEAMANAN NEGARA UNDANG-UNDANG HENDAKLAH DITEGAKAN TANPA MENGIRA BULU WALAUPUN DIA PM SENDIRI...

No comments: