Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 2 August 2011

FI - Team Lotus kecewa jentera alami masalah







Pelumba Team Lotus, Jarno Trulli keluar dari keretanya yang mengalami masalah pada GP Hungary di Litar Hungaroring, kelmarin. - AFP

KUALA LUMPUR - Pemburuan kedudukan pertengahan yang disasarkan Team Lotus semakin sukar setelah aksi hambar pada Grand Prix (GP) Hungary yang menyaksikan kedua-dua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan, kelmarin.

Ketika perlumbaan musim 2011 hanya berbaki lapan perlumbaan, Team Lotus yang mencari kedudukan lebih baik di Hungary, terpaksa menelan kepahitan apabila jentera yang dipandu Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli gagal menamatkan saingan.

Kali ini, Team Lotus dibelenggu masalah teknikal apabila kedua-dua jentera mereka mengalami masalah kebocoran pada tangki air.

Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne berkata, perlumbaan di Hungary ternyata tidak berpihak kepada pasukannya setelah kedua-dua pemandu gagal menamatkan saingan sekali pun memulakan perlumbaan dengan baik.

"Ia amat mengecewakan kerana kami telah bermula dengan baik. Jarno terpaksa berhenti kerana tangki air jenteranya bocor dan masalah sama turut menimpa Heikki kemudiannya.

"Kami perlu meneliti jentera kami semula dan mengenal pasti punca sebenar masalah ini berlaku," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam.

Menurut Gascoyne, Jarno dan Heikki telah memberikan saingan yang cukup baik pada perlumbaan tersebut, terutamanya Heikki yang berjaya berada pada kedudukan pertengahan dan meninggalkan pesaing-pesaingnya.

"Ia amat mengecewakan apabila perlumbaan terpaksa berakhir sebegini, tetapi apa yang pasti kami akan terus mengorak langkah ke depan," ujarnya.

Katanya lagi, pasukannya akan kembali ke kilang untuk rehat pertengahan musim sebelum kembali semula ke litar perlumbaan di Spa-Francorchamps, Belgium hujung bulan ini.

No comments: