Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 January 2011

Tergelak baca kenyataan Karpal Singh



DARI UTUSAN MALAYSIA 18/1/2011


KUALA LUMPUR 17 Jan. - "Para peguam yang mewakili saya hanya ketawa ketika membaca kenyataan Karpal Singh itu."

Demikian reaksi Ummi Hafilda Ali apabila ditanya reaksi peguamnya berhubung nasihat Karpal agar mereka meneliti undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap Pengerusi DAP itu.

Menurut Ummi Hafilda, sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan konsultasi dengan dengan enam peguam.

"Mereka beritahu, tempoh memfailkan saman adalah bermula dari tarikh akhir rayuan di Mahkamah Tinggi iaitu pada September 2004. Jadi saya masih punyai masa.

"Janganlah semata-mata telah bercampur dengan raja putar alam, Karpal cuba pula menjadi ular yang membelit. Adakah anda takut?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Karpal mendakwa berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak melebihi enam tahun.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda mendedahkan beliau akan diwakili lebih daripada lima peguam dalam memfailkan saman berkenaan.

"Ia akan difailkan dalam waktu terdekat. Memang mengambil masa kerana kita perlukan lebih daripada lima peguam bagi mengukuhkan keadaan. Maklumlah, mahu berlawan dengan ular belit dan raja putar alam," ujarnya.

Mengulas mengenai reaksi diterimanya setakat ini, Ummi Hafilda berkata, sokongan keluarga terutama daripada kakak dan ibu tersayang sentiasa diterimanya.

"Ramai yang menyokong sehinggakan blog saya, http://srikandi7.blogspot.com/ berada di tangga ke-25 paling popular hanya dalam tempoh sebulan," katanya.


KOMEN : Kerusi roda Karpal dah bergoyong sebab mengeletar kerana takut nak kena saman. Saman aje peguam yang besar kepala ni yang suka memutarbelitkan fakta. Sudah berapa ramai orang yang telah dibelit tak tahulah... Pinjam kata-kata keramat Anwar "LAWAN TETAP LAWAN" Sendiri takut nak berhadapan dengan kes liwat...wakakakaaa.

No comments: