Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 January 2011

Ini isu kecil - Salahuddin


DARI UTUSAN MALAYSIA



LABIS 26 Jan. - Meskipun tindakan menyebarkan fitnah mengenai kematian seseorang Muslim itu sesuatu yang cukup sensitif dan sukar dimaafkan oleh umat Islam tetapi, Pas yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan itu beranggapan sebaliknya.

Parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu menyifatkan fitnah yang disebarkan oleh mereka mengenai kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, hanyalah perkara kecil.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Salahuddin Ayub, isu fitnah melalui Buletin Tenang edisi kedua yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan Pas Johor itu tidak perlu diperbesarkan.

"Ini cuma isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan, ia timbul berdasarkan laporan penyokong kami yang berada pada hari kejadian iaitu pada hari arwah meninggal.

"Kita tidak perlu panjangkan isu ini kerana penyokong kedua-dua pihak ada pada hari tersebut dan biarlah rakyat yang menentukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu menyiarkan kemarahan penduduk di Felda Tenang yang kesal dengan perbuatan Pas memburukkan nama perkampungan itu apabila parti tersebut mempolitikkan isu kematian Abdul Latif.

Buletin Tenang antara lain berbohong apabila melaporkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lupa menziarahi' jenazah Allahyarham sewaktu lawatan kerja pada 18 Januari lalu.

Selain itu, buletin tersebut juga menipu ketika melaporkan kononnya jenazah Allahyarham tidak diuruskan oleh orang kampung kerana kononnya sibuk menyambut kedatangan Perdana Menteri.

Sementara itu, mengulas mengenai sesi ceramah Pas yang gagal menarik minat pengundi, Salahuddin menafikan perkara itu, sebaliknya, beliau menegaskan sokongan terhadap Pas semakin meningkat.

"Sokongan yang kami terima semakin bertambah setiap hari, mungkin masa anda pergi sesi ceramah belum bermula lagi," katanya.


KOMEN : ITU DIA PAS DAH MENGAKU YANG MEREKA SUKA TABUR FITNAH YANG PADA MEREKA CUMA ISU KECIL AJE.. AGAKNYA AJARAN ULAMA BENGAP MANALAH YANG DAH KELUARKAN FATWA BARU... FITNAH OLEH AHLI PAS ISU KECIL AJE SEBAB DAH DIJANJIKAN SYURGA... ORANG BN AJE YANG AKAN BERDOSA KALAU BUAT FITNAH...

No comments: