Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 28 January 2011

'Tak undi PAS orang jahiliah'



2011/01/28
DARI BERITA HARIAN


LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. “Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan pada sidang media di Kampung Redong, di sini semalam. Nik Aziz berkata, peluang calon PAS, Normala Sudirman ini terletak kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Macam mana Allah Taala buat Islam, kemudian kita tolak sedangkan kita orang bijak... kita pun berkawan dengan orang bijak,” katanya.

Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.

Terdahulu, Nik Aziz sempat memberikan ceramah ringkas kepada kira-kira 100 penduduk Kampung Redong dalam majlis meraikan Normala yang hadir bersama suaminya, Maarof Abd Mutalib. Mengenai isu calon PAS enggan bersalaman dengan orang ramai seperti dibangkitkan pada awal kempen, beliau berkata, yang menjadi masalah adalah pihak yang menimbulkan isu itu tidak memahami Islam.


KOMEN : FATWA TERBARU NIK AZIZ. CARA-CARA NAK MENANG DI TENANG. DAH TERDESAK BETUL. APA SAJA BOLEH DIGUNAKAN. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...

No comments: