DARI UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Duta Besar Iran ke Malaysia, Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi hari ini mengakui, UMNO bukan hanya sekadar pertubuhan politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu tetapi ia juga sebuah parti yang konsisten memartabatkan agama Islam.
Menurut Mohammed Mehdi, UMNO adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni bukan sahaja di kalangan rakyat beragama Islam tetapi juga masyarakat berbilang bangsa.
"Kami (Iran) mengakui keteguhan dan keseriusan UMNO mengekal maruah serta kedaulatan agama, bangsa dan negara. UMNO bukan sahaja memperjuangkan cita-cita kebangsaan tetapi konsisten memartabatkan agama Islam," katanya seperti dipetik daripada portal http://umno-online.com.
Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di ibu pejabat parti terbesar orang Melayu itu, di sini hari ini.
Terdahulu, dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu, Tengku Adnan menjelaskan kepada Mohammed Mehdi bahawa antara asas serta tujuan parti itu ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam selaku agama rasmi.
"Objektif UMNO berkaitan Islam adalah jelas dan ia terkandung di dalam Perlembagaan UMNO, Fasal 3.3 tetapi kita juga menghormati agama lain dan masyarakat bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing," jelasnya.
Pada masa yang sama, Tengku Adnan turut menerangkan mengenai sejarah pembentukan UMNO, seterusnya menjadi pelopor kebangkitan kemerdekaan sehinggalah kepada terbentuknya parti pembangkang yang didominasi golongan yang gagal mendapat kuasa dalam UMNO.
"Pas yang menggunakan Islam sebagai agenda politik tertubuh selepas pemimpin mereka gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO pada tahun 1955.
"Manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula wujud kerana ketidakpuasan hati mereka yang tidak dapat menerima hakikat berkaitan perlakuan moral Anwar Ibrahim (Datuk Seri)," katanya
KOMEN : NAK KATA APA DAN NAK BELIT APA LAGI....
No comments:
Post a Comment