DARI UTUSAN MALAYSIA
KLANG 18 Jan. - Cabaran daripada pelbagai pihak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus meningkat apabila hari ini bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan pula mencabar Ketua Pembangkang itu.
Menurut Kottapan, beliau bersedia bersemuka dengan Penasihat PKR itu atas isu berhubung soal keadilan yang gagal diamalkan dalam pemilihan parti tersebut September tahun lalu sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan ahli dan pemimpinnya.
''Saya merupakan mangsa kepada ketidakadilan yang diamalkan oleh Anwar termasuk pimpinan PKR Pusat yang dipercayai telah mengatur kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar sebagai Ketua PKR Cabang Kota Raja pada pemilihan berkenaan.
''Sebelum ini Anwar dan pimpinan PKR yang lain melaung-laungkan sebagai sebuah parti politik yang adil. Hari ini saya cabar Anwar untuk berdebat dengan saya.
''Kita berdebat mengenai soal ketidakadilan dalam PKR. Kalau dia enggan, nyatalah dia seorang yang penakut untuk berhadapan dengan realiti sebenar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mencabar Anwar untuk berdebat membabitkan isu tertentu.
Ummi Hafilda Ali iaitu adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut membuat cabaran untuk berdebat dengan Anwar berhubung kebenaran dakwaan kes salah laku seks sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri mencabar pihak lain termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 30 September tahun lalu, Kottapan mendakwa pemilihan PKR Cabang Kota Raja yang dimenangi Xavier tidak sah kerana ia hanya diumumkan oleh ahli biasa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Kottapan berkata, sekiranya terdapat bantahan dan aduan berlaku penipuan, pimpinan PKR Pusat harus mengadakan siasatan manakala keputusannya pula perlu diumumkan oleh sekurang-kurangnya oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution atau pucuk pimpinan parti pembangkang itu.
KOMEN : SIAPA DIA PUAK PKR YANG NAK LAYAN DEBAT DENGAN KOTTAPAN....NYAMUK AEDES TAKAN LAYAN PUNYA SEBAB TAKUT....
No comments:
Post a Comment