INTERLOK
Bila semua perkara nak dipolitikan terjadilah suasana yang harubiru bagaikan negara kita berada dalam suasana darurat dan ketidaktentuan. Ada orang nak bakar apa saja bila marah. Punca marah pun hanya bersebab suka membaca melangkah-langkah, baca ayat atau kenyataan separuh-separuh. Kalau ayat yang dibaca tidak sampai kepenghujung akan membawa maksud dan kefahaman yang berlainan. Umpama membaca novel INTERLOK... kalau yang membaca cuma menekankan perkata paria aje dan melupakan fakta-fakta sebenar merangkumi kisah sosial masyarakat ditahun-tahun sebelum merdeka yang menyentuh masyarakat Melayu, Cina dan India? Bagaimana ketiga-tiga kaum boleh saling bantu membantu diantara satu sama? Bagaimana masyarakat kita masa lalu boleh mengaku bersaudara walaupun berlainan kaum? Sudah tentulah maksud dan jalan penceritaan novel itu tidak dapat dihayati sepenuhnya.
Adakah masyarakat kita sekarang terlalu teruk berpolitik hinggakan perkara-perkara yang sekecil abu pun nak diputarbelitkan. Apa-apa pun sejarah tidak akan melupakan manusia... Hanya manusia-manusia yang sombong dan bongkak saja yang akan menidakkan sejarah yang berlaku bertahun-tahun dahulu. Umpama nak menujukan KEPANDAIAN tapi KEBODOHAN yang terserlah. Apakah tujuan diadakan demostrasi sambil membakar buku INTERLOK? Tujuannya hanyalah untuk memadamkan SEJARAH riwayat kehidupan sesuatu kaum di Malaysia dengan hanya satu perkataan yang disalan ertikan sebagai menghina sedangkan beribu-ribu perkataan yang lain tidak dipersoalkan?. Kalau hanya satu perkataan boleh dipolitikan, bagaimana agaknya berbilion perkataan lain juga dipolitikan...? Agaknya mahu hancur negara dibuatnya.
Bagi orang Melayu yang menyokong tindakan membakar Novel INTERLOK terutama yang bergelar orang bijak pandai yang jadi wakil rakyat tu kenalah ingat anda diberi undi kasihan untuk menjadi wakil rakyat dan janganlah menyokong membawa rebah. Rakyat menilai apa yang anda buat. Tindakan yang ANDA lakukan adalah kurang bijak dan lebih dari KURANG AJAR. Anda dapat publisiti murahan dengan percuma tanpa nilai.
Apakata kita baca NOVEL INTERLOK dan terangkan pada anak-anak kita yang sejarah tidak akan melupakan manusia, cuma manusia yang bongkak akan melupakan sejarah.
1 comment:
Salam sayang daddy,
Kita dah tengok macmana agama digunakan untuk mendapatkan undi... inikan pula hanyalah sebuah novel yang dikarang oleh manusia biasa ajer... selagi boleh semua akan dimanipulasi.. yang pelik Interlok ni dah ada 40 tahun dah tapi kenapa baru sekarang timbul macam2 cerita? subhanallah... yang tukang bakar pun bukannya baca Interlok tu... orang suruh bakar, dia bakar, kena apikan sikit ajer... dorang menggila... kalau cakap kurang pelajaran nanti marah....
Post a Comment