03 September 2015 12:48 AM
SHAH ALAM 2 Sept. – Pasukan Eco-Photon dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan menyertai pertandingan kereta solar The Bridgestone World Solar Challenge 2015 di Australia dari 18 sehingga 24 Oktober ini, kini sudah bersedia untuk menggalas tugas mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Ketua Projeknya, Azwan Abdullah, persediaan pasukannya kini hampir 90 peratus siap dan beliau positif mereka mampu memenangi pertandingan berkenaan bagi kelas Clipsal & Schneider Electric Challenger.
Menurutnya, keyakinan untuk menghadapi cabaran pertandingan itu semakin tinggi apabila kereta solar yang dipandu uji oleh tiga pemandu mencatatkan keputusan yang positif semasa pandu uji di litar milik Proton di sini semalam.
“Kami berharap dengan keputusan pemanduan dan kejayaan pada hari ini akan dapat membantu pasukan untuk mencapai rekod jarak 3,000 kilometer selama enam hari seperti yang telah ditetapkan dalam pertandingan.
“Ini juga merupakan peluang keemasan bagi pelajar UiTM untuk membuktikan kepakaran dan bakat yang ada kepada dunia, sekali gus memberi peluang untuk mengharumkan nama negara,” ujarnya selepas pandu uji di sini hari ini.
Azwan menambah, Malaysia yang diwakili UiTM turut bersaing dengan 34 kumpulan lain dari seluruh dunia.
“UiTM adalah wakil Malaysia, manakala negara Asia Tenggara yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan sama ialah Singapura dan Thailand,” ujarnya.
Jelasnya, sebanyak 25 pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik dan Kimia UiTM akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kereta-solar-uitm-yakin-beri-saingan-sengit-1.131039#sthash.P8ro14cD.dpuf
No comments:
Post a Comment