Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Wednesday, 30 September 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Undi Tidak Percaya - Tun Mahathir Bidas Speaker ! ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Undi Tidak Percaya - Tun Mahathir Bidas Speaker ! ...: astroawani Sebelum ni dah heboh mengenai cadangan Tun Mahathir yang mahu Usul Undi Tidak Percaya dibawa ke sidang Parlimen sebagai salah...
Tuesday, 29 September 2015
F1 : Hamilton kembali kepada rentak kemenangan
28 September 2015 12:01 AM
SUZUKA, Jepun – Lewis Hamilton meluru ke garisan penamat di hadapan rakan sepasukannya dalam Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg untuk memenangi Grand Prix Formula Satu Jepun semalam dan mengukuhkan peluangnya untuk memenangi gelaran dunia kali ketiga.
Lewis Hamilton melambung trofi di atas podium selepas memenangi Grand Prix Jepun di Litar Suzuka semalam. AFP
Pemandu dari Britain itu, yang memburu kejuaraan dunia berturut-turut, kini berada 48 mata di hadapan Rosberg dalam kedudukan keseluruhan pemandu ketika musim ini berbaki lima perlumbaan selepas memperagakan pemanduan mengkagumkan di Litar Suzuka.
Sebastian Vettel, yang mencipta kejutan apabila menang di Singapura minggu lalu, menduduki tempat ketiga manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen keempat.
“Sungguh hebat Lewis! Perlumbaan yang fantastik kawan!” kata jurutera pasukan Mercedes menerusi radio sewaktu Hamilton melintasi garisan penamat sambil menumbuk udara untuk meraikan kemenangan kelapannya musim ini.
Selepas kembali mencipta kejayaan selepas perlumbaannya tamat awal di Singapura minggu lalu, Hamilton membalas: “Kerja yang fantastik kawan. Rasa sungguh gembira dapat kembali menang.”
Bersemangat selepas kecewa di Singapura, Hamilton bermula dengan hebat, meluru ke hadapan di selekoh dua selepas Rosberg terbabas sedikit ke rumput dan tercicir ke tempat keempat setelah bermula dari petak pertama.
Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mendapati tayarnya koyak ketika cuba memintas tetapi berlaga tayar dengan Felipe Massa, yang kemudian terpaksa memandu kereta Williamsnya kembali ke pit untuk menukar sayap depan.
Bagaimanapun, keadaan berjalan lancar untuk kelompok hadapan dengan kedua-dua pemandu Mercedes menguasai perlumbaan untuk membalas kekecewaan mereka di Singapura sehingga membuka peluang tipis kepada Vettel. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-kembali-kepada-rentak-kemenangan-1.140479#sthash.ltXIJQVW.dpuf
Vettel hidupkan persaingan rebut gelaran Formula Satu
21 September 2015 12:23 AM
SEBASTIAN VETTEL mencium trofi di atas podium selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Singapura semalam. - AFP
SINGAPURA – Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu Singapura setelah mengambil kesempatan terhadap ketiadaan pelumba pilihan utama Lewis Hamilton yang gagal menamatkan persaingan semalam.
Kejayaan Vettel itu sekali gus menghidupkan semula persaingan untuk memburu kejuaraan F1 musim ini, yang kini berbaki enam perlumbaan.
Pelumba kelahiran Jerman itu mendahului dari awal hingga ke akhir perlumbaan dan menamatkan persaingan dengan masa dua jam, satu minit 22.118 saat dalam perlumbaan yang terganggu seketika oleh peminat yang berkeliaran di dalam trek.
Vettel melintasi garisan penamat untuk kemenangan ketiganya musim ini dengan berada 1.4 saat di hadapan naib juara Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull.
Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen menduduki tempat ketiga, yang mana ketiga-tiga pelumba ini kekal di posisi sama sejak awal perlumbaan yang berlangsung di litar Marina Bay.
Pelumba Mercedes, Hamilton pula terpaksa berundur awal apabila jentera yang dipandunya mengalami masalah teknikal di pertengahan perlumbaan, namun penyandang juara itu masih mengungguli kedudukan keseluruhan dengan 252 mata.
Kejayaan Vettel bagaimanapun merapatkan kedudukannya di tempat ketiga keseluruhan dengan berada lapan mata di belakang rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat keempat. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/vettel-hidupkan-persaingan-rebut-gelaran-formula-satu-1.138446#sthash.IYa2nj5u.dpuf
TMJ terus desak FAM
26 September 2015 11:39 PM
KUALA LUMPUR – Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya memberi hak penyiaran lebih tinggi kepada setiap pasukan dan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M).
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata, persatuan negeri dan kelab sepatutnya menerima minimum sebanyak 70 peratus atau 80 peratus daripada hasil penyiaran manakala bakinya diambil oleh FAM.
“Berkenaan hak penyiaran FAM dan jadual perlawanan liga, FAM dilihat masih berdegil. Hak penyiaran semua pasukan yang bertanding masih sedikit dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya tidak faham, dan ingin tahu mengapa FAM perlu menerima sehingga 40 peratus daripada keseluruhan hasil penyiaran yang berjumlah lebih kurang RM30 juta, sedangkan pengurusan liga akan dijalankan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP),” katanya menerusi laman sosial Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kenyataan terbaharu Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini dilihat sebagai menyokong kekesalan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa semalam, yang mendakwa FAM tidak adil apabila hanya menyerahkan RM600,000 kepada Kelantan sebagai honorarium daripada hasil jualan tiket berjumlah kira-kira RM3 juta untuk perlawanan akhir Piala FA Mei lalu.
Tunku Ismail berkata, jika dibandingkan di negara-negara Eropah, pasukan-pasukan yang bertanding menerima sebanyak 70-80 peratus daripada hasil penyiaran sedangkan pasukan tempatan hanya menerima 30 peratus.
“Saya berharap semua pasukan menggunakan dana daripada hak penyiaran ini dengan baik dan bijak menggunakannya mengikut kemampuan. Jangan berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain import sahaja. Keutamaan perlu diberi kepada pemain tempatan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail juga menyentuh tentang isu panggilan pemain-pemain untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan yang dianggap tempoh melaporkan diri terlalu awal.
“Di negara-negara Eropah seperti Jerman dan England, pemain akan melaporkan diri ke kem latihan empat atau lima hari sebelum perlawanan tetapi di Malaysia pula pemain perlu melapor diri sehingga dua minggu awal sebelum perlawanan.
“Pemain Malaysia mempunyai purata tempoh latihan yang panjang dan dua kali ganda berbanding pemain Jerman dan England untuk membuat persiapan perlawanan antarabangsa.
“Ini menyebabkan liga terhenti lama dan merosakkan momentum para pemain. Harus diingatkan bahawa pemain sudah cukup cergas dan mereka hanya perlu diasah dari segi taktikal bila di kem latihan kebangsaan.
“Apa yang berlaku sekarang, kita tidak menang tetapi sebaliknya sentiasa tewas. Jadi, lakukanlah seperti dilakukan oleh orang lain,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-terus-desak-fam-1.140125#sthash.pE7S2Q1S.dpuf
PIALA MALAYSIA : Pahang kena belasah
Selangor, Felda dipaksa main dalam jerebu
MOHD. FIRDAUS ISMAIL | 27 September 2015 1:00 AM
PEMAIN Selangor dan Felda United minum pada pertengahan babak kedua atas kebenaran pengadil untuk mengurangkan kesan jerebu setelah penganjur pertandingan Piala Malaysia mengarahkan perlawanan di Stadium Shah Alam, Selangor itu tetap diteruskan malam tadi. MINGGUAN/Izham Jaafar
PULAU PINANG - Impian juara bertahan Pahang untuk menempah tempat ke suku akhir Piala Malaysia lebih awal terencat apabila mereka dibelasah 4-1 oleh Pulau Pinang sementara Selangor dan Felda United seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang tetap diteruskan oleh penganjur walaupun keadaan berjerebu teruk.
Apa yang dibimbangi oleh Zainal Abidin Hassan mengenai pasukannya berkemungkinan keletihan kerana terpaksa bermain tiga perlawanan digelanggang lawan berturut-turut menjadi kenyataan di Stadium Bandaraya apabila pasukan tuan rumah yang dibimbing oleh Jacksen Tiago melancarkan serangan bertali arus sejak awal permainan dan berada di depan pada minit ke-39 menerusi percubaan dari luar kotak penalti oleh Mohd. Failee Ghazali.
Walaupun Pahang hanya memerlukan seminit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan penyerang sensasinya Dickson Nwakaeme, namun mereka longlai selepas rehat.
Mohd. Failee sekali lagi menemui sasaran apabila menanduk bola sepakan bebas Lee Gil Hoon hanya seminit selepas babak kedua bermula dan Harimau Kumbang menambah derita pelawat apabila sepakan deras Mohd. Azinee Taib pada minit ke-81 gagal diselamatkan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin untuk tuan rumah mendahului 3-1 dan tiga minit kemudian tandukan pemain gantian Alberto Goncalves menerjah gawang pelawat.
Sementara itu, Selangor dan Felda United telah meminta perlawanan ditangguhkan akibat jerebu tebal menyelubungi Stadium Shah Alam namun, permintaan mereka ditolak oleh penganjur.
Pengadil Muhd. Nazmi Nasaruddin bagaimanapun memberikan rehat kira-kira tiga minit pada pertengahan setiap babak permainan, yang berkesudahan seri 0-0, untuk membolehkan pemain minum dan membasuh muka bagi mengurangkan kesan buruk jerebu.
Red Giants hampir berada di depan pada minit ke-44 menerusi penyerang dari Brazil, Guilherme De Paula namun sepakan kencangnya dari luar petak penalti ditepis keluar penjaga gol Felda, Farizal Harun.
The Fighter mempunyai peluang keemasan menerusi pemain tengah Zah Rahan Krangar pada minit ke-51 tetapi sepakan bebas dari luar petak penalti sekadar melewati palang gol tuan rumah.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team kembali bersaing untuk merebut slot dua pasukan terbaik dari Kumpulan C apabila mengejutkan pasukan pilihan Kelantan 3-1.
Bermula agresif, tuan rumah terus mengasak sebaik sahaja wisel ditiupkan dan berjaya mendahului pada minit ke-14 menerusi sentuhan penyerang muda Muhammad Zulhanizam Shafine yang mudah menolak masuk umpanan Mohd. Badrul Hisham Morris.
Zulhanizam sekali lagi mengukuhkan namanya selaku penjaring untuk T-Team tujuh minit kemudian apabila memanfaatkan hantaran lintang Josip Milardovic sebelum Tomislav Busic terus menambah derita pelawat dengan gol ketiga pada minit ke-30.
Kelantan yang berusaha bangkit bagaimanapun hanya mampu membalas menerusi jaringan Gilmar Jose da Silva Filho pada minit ke-87.
Di Stadium Perak, tuan rumah mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-0 kepada ATM.
Pasukan pelawat mendominasi permainan sebaik sahaja perlawanan dimulakan tetapi gagal mencipta sebarang peluang jaringan sehinggalah minit ke-38 apabila Jerry Palacios Suazo berjaya membolosi gawang Perak menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti.
Usaha Perak untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan dan mengutip satu mata punah apabila pemain sayap ATM, Venice Elphi menjaringkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-90 perlawanan.
Di Stadium Jalan Besar, Singapura, tuan rumah beraksi cemerlang untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Terengganu dalam saingan Kumpulan A.
Tiga gol pasukan Lions XII dijaringkan oleh Sahil Suhim pada minit ke-35 dan dua jaringan Safuwan Baharudin sewaktu minit ke-54 dan ke-89 manakala dua jaringan Terengganu diperolehi melalui Paulo Rangel minit keempat dan ke-43.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-kena-belasah-1.140266#sthash.51q1lJ7w.dpuf
AFC CUP : Tiada Figueroa, JDT tagih bisa Safee
29 September 2015 12:21 AM
JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yakin Safee Sali mampu menggalas tugas sebagai penggempur utama pasukan apabila mereka menentang Qadsia SC dalam perlawanan separuh akhir Piala AFC malam ini.
Safee Sali
Safee mendapat peluang untuk membuktikan kehebatannya dalam pertemuan di Stadium Mohammed Al-Hamad Hawally, Kuwait itu setelah penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa menjalani penggantungan dua perlawanan kerana mengutip kad merah dalam perlawanan suku akhir menentang South China di Stadium Mong Kok, Hong Kong pada 15 September lalu.
Gomez percaya Safee mampu mengulangi permainan terbaiknya ketika menjaringkan dua gol sewaktu menentang South China yang sekali gus membantu Harimau Selatan menang dengan agregat 4-2 dan melakar sejarah menjadi pasukan pertama Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFC.
“Ketiadaan Figueroa yang digantung dua perlawanan memberi ruang kepada Safee untuk menggalas tugas sebagai penyerang utama. Saya berasakan dia mampu menjalankan tugas yang baik di bahagian serangan dan bersedia untuk menggempur kubu lawan.
“Selain Safee, pemain lain turut mempamerkan semangat yang tinggi menjelang perlawanan menentang Qadsia. Saya yakin JDT mampu mencipta kejutan dan mendapat keputusan yang baik sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Secara keseluruhannya penyerang kebangsaan berusia 31 tahun itu sudah meledakkan empat gol dalam lapan penampilan bersama Harimau Selatan dalam kempen Piala AFC.
Gomez berkata, kudrat Safee amat ditagih untuk meneruskan prestasi cemerlang di peringkat Asia, lebih-lebih lagi turun menentang The Kings, iaitu penyandang juara Piala AFC musim lalu.
“Tidak dinafikan Qadsia merupakan lawan yang sukar dan kami sudah membuat persiapan rapi untuk berdepan juara musim lalu itu.
“Pemain juga sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan cuaca di sini. Saya berharap segalanya berjalan lancar dan pemain mampu menampilkan prestasi terbaik,” katanya.
Perlawanan separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-figueroa-jdt-tagih-bisa-safee-1.140831#sthash.MddcIcCB.dpuf
Panggil Duta Besar China amalan biasa – Anifah Aman
29 September 2015 1:08 AM
KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kementerian Luar menjelaskan, tindakan memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang adalah satu amalan biasa untuk meminta penjelasan tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa lawatan ke Jalan Petaling, baru-baru ini.
Anifah Aman
Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Wisma Putra cuma ingin meminta Huikang mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya.
Jelasnya, memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra bukanlah kali pertama dilakukan Malaysia kerana sebelum ini perkara sama dilakukan terhadap Duta Amerika Syarikat (AS), Duta Vatican dan Duta Singapura dan ia adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.
“Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas.
Dalam perkara ini, setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta Desar China untuk hadir di Wisma Putra bagi memberi penjelasan.
“Saya juga berpandangan bahawa isu ini tidak perlu dibawa ke peringkat menteri kerana sebagai amalan biasa, ia ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Huikang sewaktu melawat Jalan Petaling telah membuat kenyataan yang dilihat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia dan pelbagai pihak telah menuntut beliau membuat permohonan maaf.
Dalam pada itu, Anifah berkata, beliau amat dukacita kerana beberapa menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.
Tegasnya, beliau tidak pernah sekali pun membatalkan arahan untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan.
“Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.
“Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang,” katanya
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/panggil-duta-besar-china-amalan-biasa-8211-anifah-aman-1.141005#sthash.sthcDZoQ.dpuf
Saya tidak akan tunduk – Mufti Pahang
29 September 2015 12:57 AM
KUANTAN 28 Sept. – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tidak gentar dengan ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam.
Abdul Rahman Osman
Menurut beliau, khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.
“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
“Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan DAP kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah Aidiladha itu.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Menurut Abdul Rahman, beliau sedih dengan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam.
“Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf,” katanya.
Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang itu, umat Islam dinasihat supaya terus bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang semakin ketara.
Perpecahan itu kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti UMNO, Pas, PKR dan ditambah dengan Parti Amanah Negara (Amanah) malahan ada dalam kalangan umat Islam yang menyertai DAP secara terang-terangan menentang Islam.
Teks khutbah yang dibaca oleh Abdul Rahman di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 itu turut mengingatkan umat Islam supaya bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.
Abdul Rahman berkata, kandungan dalam khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya berbaur fitnah serta telah merujuk kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran.
Menurutnya, surah berkenaan menjelaskan larangan orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin.
“Kandungan dalam khutbah Aidiladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu kepada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran.
“Kalau kita lihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka menentangnya yang bermakna menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah menafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia,” katanya.
Wednesday, 23 September 2015
CELAH GELEGAR: [CORETAN JUJUR SAIFUL NANG] Kasta Arafah - Yang Ka...
CELAH GELEGAR: [CORETAN JUJUR SAIFUL NANG] Kasta Arafah - Yang Ka...: Sebak dada membaca perkongsian yang jujur ini. Sarat dengan mesej yang tersangat mendalam bagi orang yang mahu berfikir dengan dada yan...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rauf Guna Alasan Teknikal Tolak Saman Anina - Apak...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rauf Guna Alasan Teknikal Tolak Saman Anina - Apak...: astroawani Laporan paper semalam mengesahkan Ab Rauf menggunakan alasan teknikal untuk memohon mahkamah membatalkan saman Anina yakni A...
Tuesday, 22 September 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Bila Mahkamah Lepaskan TheEdge, Rakyat Maki...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Bila Mahkamah Lepaskan TheEdge, Rakyat Maki...: Saya masih ingat pada 25 Julai lalu hampir semua media dan blog pro Najib memainkan isu Permit The Edge Kena Gantung ! Kita masih ingat lagi...
Legasi kecanggihan
Samsung kekal dengan telefon pintar skrin besar
NUR FATIEHAH ABDUL
RASHID | 21 September 2015 12:15 PM
Samsung Elektronik mengumumkan pelancaran global Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy Note 5. Kedua –dua peranti ini mewakili komitmen Samsung untuk pasaran telefon pintar dengan skrin besar dan reka bentuk melengkung.
Galaxy S6 Edge+ dihadirkan dengan paparan skrin besar, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3000 mAh. Telefon pintar ini juga memiliki paparan skrin dengan kepadatan piksel 518 ppi.
Ciri-ciri pemprosesan pula sama seperti S6 Edge iaitu hanya dengan pemprosesan Exynos 7420. Walau bagaimanapun, syarikat daripada Korea ini mendakwa ia adalah antara cip pemprosesan terbaik dalam pasaran.
Bagi ciri-ciri kamera pula, S6 edge+ masih mengekalkan unit kamera yang sama sebagaimana S6 Edge iaitu kamera hadapan 16 MP dan kamera utama 5MP.
Selain itu, telefon pintar ini turut menyokong sistem pembayaran Samsung Pay dan hadir bersama sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop yang disertakan bersama TouchWiz UI.
Sementara itu, sebagaimana Galaxy S6 Edge+, Galaxy Note 5 juga hadir dengan cip Exynos 7420 dan memori serta kamera yang sama.
Apa yang membezakan kedua-dua peranti ini ialah Galaxy Note 5 hadir dengan sokongan S-Pen yang kini boleh dikeluarkan dengan menekannya sahaja.
Hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci dengan paparan Quad HD, peranti ini turut menyokong sokongan pengecas tanpa wayar, selain sokongan pengimbas cap jari dan sensor denyutan jantung.
SPESIFIKASI
Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy
Note 5
Sistem Operasi: Android 5.1 (Lollipop)
Network: LTE Cat.9 / LTE Cat.6 *bergantung kepada operator telefon dan
pasaran
Dimensi: 154.4 x 75.8 x 6.9mm, 153g/ 153.2 x 76.1 x 7.6mm, 171g
Prosesor: Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GHz Quad), 64 bit, 14 nm process
Memori: 4GB RAM (LPDDR4) , 32GB (UFS 2.0)
Paparan: 5.7” Quad HD Super Amoled/ 5.7” Quad HD Super Amoled 2560 x 1440 (518ppi)/ 2560 x 1440 (515ppi)
Kamera: 16MP OIS (F1.9) , Front : 5MP (F1.9)
Bateri: 3,000mAh, pengecas tanpa wayar
Video: MP4,M4V,3GP, 3G2,WMV,ASF,AVI,FLV,
MKV, WEBM
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/legasi-kecanggihan-1.138663#sthash.2NC1EGDp.dpuf
PANDIR JALANAN’ DI LENYAPKAN
ZULKIFLI JALIL | 22 September 2015 1:19 AM
KERATAN akhbar Utusan Malaysia melaporkan kemenangan Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.
ADAKAH himpunan haram Bersih 4.0 dan bermacam-macam fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan dalam setahun ini menjadi pukulan maut dalam penentuan pilihan raya kampus yang baru berakhir?
Kemenangan mengejut Pro-Aspirasi (prokerajaan) di tujuh universiti termasuk tiga yang tegar propembangkang, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka lembaran baharu senario politik kampus.
Ini kali pertama Pro-Aspirasi memecah rekod walaupun selepas 2006 secara keseluruhan mereka menang lebih banyak kerusi namun belum berjaya menguasai kampus-kampus utama seperti tiga yang tegar tadi.
Semasa melayari Facebook baru-baru ini, penulis terkesan dan tergamam seketika dengan ucapan seorang ketua Pro-Aspirasi yang hanya sempat dicatatkan dari Perak. Dia begitu berterus-terang dalam nada ungkapannya.
Dengan dijulang rakan-rakannya sambil menghadap sekumpulan penyokong propembangkang daripada Pro-Mahasiswa, dia dengan lantang menolak pembabitan gaya politik pembangkang ke dalam kampus seluruh universiti di negara ini. Antaranya, yang sempat penulis catatkan adalah penolakannya terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Video berdurasi seminit dua yang mendapat ribuan ‘like’ jelas memperlihatkan mahasiswa sudah bosan dengan politik sepanjang masa pembangkang. Tempias daripada politik nasional berjangkit di kampus mendorong mahasiswa kumpulan majoriti senyap dan yang tidak aktif berpersatuan untuk tiba-tiba keluar mengundi sebagai bantahan kepada agenda pembangkang.
Hal ini tidak dijangka langsung oleh kumpulan Pro-Mahasiswa yang mengandaikan orang muda menyokong pelbagai kritikan dan penghinaan kepada pemimpin kerajaan.
Dalam menganalisis kemenangan Pro-Aspirasi, komen Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Abdul Halim Sidek kepada Bernama semalam, boleh dijadikan rumusan. Kata Abdul Halim, mahasiswa sentiasa menjadi pemerhati kepada kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang.
“Usaha kerajaan seperti memperkenalkan Baucar Buku 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan beberapa langkah lain menjadi pemangkin kepada kemenangan Pro-Aspirasi.
“Mahasiswa memahami usaha kerajaan yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membantu mahasiswa. Kemenangan Pro-Aspirasi adalah satu berita yang baik,” kata beliau.
Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula merujuk kepada konflik dalaman pakatan pembangkang antara punca utama kejatuhan kumpulan Pro-Mahasiswa.
Biar apa pun analisis dan rumusannya, keputusan pilihan raya kampus terbaharu ini adalah cerminan kepada sikap mahasiswa berpolitik. Kematangan berpolitik mereka sebelum ini yang diragui barangkali berpunca daripada seorang dua individu yang cuba menonjolkan diri, mahu menjadi hero, lantas mengambil jalan singkat menjadikan pembangkang sebagai ikon mereka.
Ini boleh dibuat carian Internet dalam demonstrasi semasa perhimpunan Blackout 505, Bersih 1.0, 2.0 3.0, apabila pelajar universiti turut dipergunakan untuk menjayakan agenda licik mencalar imej kerajaan.
Mahasiswa menjadi golongan majoriti semasa himpunan-himpunan tajaan pembangkang dan pentohmah tegar kerajaan sebelum ini. Mereka menjadi pihak yang mengibarkan bendera alternatif selain Jalur Gemilang menjelang detik 12 malam Hari Kemerdekaan ke-55 dan ke-56.
Apa lagi dengan munculnya ‘hero pandir mahasiswa’ dari UPSI waktu itu yang seolah-olah menjadi klon kepada seorang lagi pemimpin kerajaan yang dipecat, menyebabkan segelintir mahasiswa meronta-ronta mahu melupakan tugas hakiki mereka sebagai pelajar di kampus.
Sudahlah pengajian si polan dari UPSI ini diberikan subsidi oleh kerajaan, bersekolah di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dan jika diamati dia sendiri bakal mendapat laluan mudah sebagai seorang guru apabila tamat belajar tanpa perlu menjadi seorang penganggur dalam masa yang lama.
Tetapi ini tidak ada dalam kamus hidupnya. Yang ada hanya cercaan dan herdikan terhadap kerajaan yang menjadi makanannya untuk disuap kepada rakan-rakan penyokongnya di universiti. Darah muda yang meluap-luap hanya untuk menjadi hero muda jalanan mengakibatkannya tercicir dalam pengajian.
Politik kampus yang menghirup nafas baharu dengan kemenangan Pro-Aspirasi akan memadamkan imej mahasiswa yang terpekik terlolong di jalanan seperti yang dipertontonkan aktivis propembangkang seperti Hishamuddin Rais dan seorang budak hingusan dari UPSI tadi.
Kita tidak mahu timbul gerakan melibatkan seorang anak muda bernama Sondang Hutagalung, seorang mahasiswa undang-undang dari Universiti Bung Karno (UBK) yang pernah menggemparkan republik Indonesia. Sondang membakar dirinya di hadapan istana Presiden Susilo Bambang Yudhiyono sebagai protes terhadap pemerintahan yang dianggap tidak memberi kebaikan kepada rakyat. Selepas dirinya terbakar, Sondang dibawa ke hospital dan akhirnya meninggal dunia pada 10 Disember 2011.
Sondang mungkin mengorbankan dirinya sebagai isyarat kepada mahasiswa dan masyarakat Indonesia agar lebih tegas menolak ketirisan dan rasuah dalam pemerintahan kerajaan. Namun masih banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Dan mahasiswa di Malaysia diyakini penulis tidak sampai ke tahap itu kerana kaedah diplomasi masih ada untuk digunakan dan masih boleh membuatkan pucuk pimpinan negara ‘panas punggung’.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/pandir-jalanan-di-lenyapkan-1.138933#sthash.dLMSJUYo.dpuf
Siasat dakwaan DEIG mohon pinjam RM500j
ABDUL YAZID ALIAS | 22 September 2015 1:38 AM
SHAH ALAM 21 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Selangor digesa memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya memberikan jawapan sebenar mengenai dakwaan kononnya Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah memohon cadangan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta.
BUDIMAN MOHD. ZOHDI
Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan sedemikian harus dilakukan bagi memastikan kesahihannya kerana cadangan pinjaman tersebut dikatakan bertujuan dijadikan modal kerja anak syarikat milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu.
Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal, www.malaysia-today.net pada 8 September lalu, difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG yang mana jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.
“Kita melihat dakwaan ini satu perkara yang serius yang perlu disusuli dengan tindakan segera oleh JP-ABAS. Maka, untuk memastikan kesahihannya, jawatankuasa berkenaan perlu memanggil Menteri Besar termasuk pengurusan DEIG untuk memberikan keterangan yang sebenarnya di sebalik dakwaan ini.
“Kita tidak mahu perkara ini terus menjadi polemik lebih-lebih lagi kemungkinan wujudnya unsur-unsur penipuan di sebalik penubuhan DEIG,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menambah, sekiranya dakwaan portal itu benar, maka tindakan tersebut dilihat bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin pada 18 Ogos lalu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyatakan DEIG dari segi struktur modal tidak akan membuat sebarang pinjaman, tidak memiliki aset dan hanya akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.
“Jika kita berpegang kepada kenyataan Menteri Besar ketika sesi DUN lalu, maka DEIG masih belum beroperasi dan tidak mempunyai aktiviti setakat ini. Namun, mengapa pula syarikat ini dikaitkan dengan dakwaan memohon pinjaman untuk modal kerja melibatkan jumlah kira-kira RM500 juta?
“Kita melihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam soal ini. Maka sebab itu, kita gesa Menteri Besar tidak terus-menerus mengambil sikap berdiam diri, rakyat Selangor ingin tahu perkara yang sebenarnya,” tegas beliau.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffan Affendi Aminudin gagal apabila beliau tidak membalas soalan menerusi aplikasi WhatsApp.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/siasat-dakwaan-deig-mohon-pinjam-rm500j-1.138966#sthash.CwEosuFG.dpuf
Keluar BN jika putuskan hubungan – Khairy
22 September 2015 1:39 AM
Mohd. Shahar Abdullah
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Pemuda UMNO menggesa Pemuda MCA Pasir Gudang untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) jika mereka masih berdegil mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Cia Chow Hui yang tidak bersetuju dengan sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri terhadap Himpunan Rakyat Bersatu baru-baru ini hanya memburukkan keadaan di sebalik kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN.
“Pemuda MCA Kebangsaan perlu membuat siasatan mendalam ke atas ketetapan Pemuda MCA Pasir Gudang seperti yang dinyatakan Chow Hui semalam dan jika mereka masih mahu memutuskan hubungan dengan Najib, lebih baik mereka keluar sahaja daripada BN.
“Kerjasama yang terjalin dengan parti komponen tersebut sejak sekian lama boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti Pemuda MCA Pasir Gudang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula menyifatkan Pemuda MCA tidak mengukur baju di badan sendiri sebelum mempertikai pendirian Perdana Menteri memandangkan kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina kepada BN.
“Kenyataan Chow Hui itu bersifat populis apabila mempersoalkan pendirian Perdana Menteri terhadap perhimpunan baju merah sedangkan yang sepatutnya dipersoalkan ialah pendirian Ketua Pemuda MCA, Senator Ching Sin Woon yang secara terbuka menggalakkan ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4 yang lalu.
“Dalam hal ini, Pemuda Kedah tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan Pemuda MCA sekiranya mereka tidak tampil bertanggungjawab atas kenyataan berunsur penghinaan yang dibuat ahli mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah dalam kenyataannya menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya tidak terus mengambil pendekatan berkecuali dan segera mengambil tindakan disiplin ke atas Chow Hui yang dilihat tidak matang, selain cenderung dan senada dengan DAP.
“Kami mahu Tiong Lai tidak terus berdiam diri dan berani mengambil tindakan disiplin ke atas Chow Hui yang jelas akan menjahanamkan BN melalui gerak tari kelompok yang digelar ‘musang berbulu ayam’ ini.
“Berikutan kenyataan dua pemimpin Pemuda MCA itu yang dilihat cenderung menyokong DAP, ia telah menimbulkan persoalan adakah mereka ini sengaja menyertai parti komponen semata-mata mahu merosakkan parti,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/keluar-bn-jika-putuskan-hubungan-8211-khairy-1.138974#sthash.hSciCzaF.dpuf
Utamakan sekolah satu aliran
Murid dapat mengenali satu sama lain
FADZIL ZAINOL | 22 September 2015 1:39 AM
Abdul Wahid Umar
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain.
Katanya, keharmonian kaum di negara ini perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan murid daripada pelbagai kaum seharusnya ditempatkan di bawah sistem atau aliran persekolahan yang sama, bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara melalui perpaduan kaum.
“Saya ada dua anak perempuan seorang tahun enam dan seorang lagi tahun lima. Salah satu sebab mengapa saya hantar kedua-dua mereka ke sekolah kebangsaan adalah supaya mereka dapat mengenali orang (kaum) lain.
“Ia merupakan sekolah yang baik terletak di Putrajaya, tetapi malangnya tiada kepelbagaian kaum di sekolah tersebut. Terdapat juga murid daripada kaum India di sekolah itu, tetapi tiada daripada kaum Cina. Keadaan itu bukanlah sesuatu yang perlu diamalkan di negara ini,” katanya ketika menjadi ahli panel sempena Laporan Terkini Ekonomi Malaysia anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini hari ini.
Turut menjadi ahli panel ialah Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang turut hadir pada sesi perbincangan tersebut. Tony bertanya bagaimana prospek Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi di sebalik isu perkauman yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.
Dalam pada itu Abdul Wahid berkata, usaha membawa pulang hasil pelaburan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) di negara asing untuk dilaburkan di negara ini adalah sesuatu yang baik bagi merancakkan kembali pelaburan domestik.
Katanya, sehingga Jun 2015, jumlah pelaburan bersih syarikat tempatan ke luar negara bernilai lebih RM500 bilion mengatasi pelaburan langsung asing di negara ini yang berjumlah RM477 bilion.
“Itu menandakan syarikat-syarikat Malaysia kini sudah menjadi jaguh dunia seperti Petronas, Kumpulan Sunway dan AirAsia. Selama ini kita mengalakkan mereka ke pasaran asing memandangkan pasaran domestik yang tidak begitu besar,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/utamakan-sekolah-8232-satu-aliran-1.138977#sthash.OSN9MkmL.dpuf
Friday, 18 September 2015
Putra Merdeka: Himpunan Ampu Najib..!
Putra Merdeka: Himpunan Ampu Najib..!: Bukan perhimpunan Melayu..! perhimpunan menyokong Najib..patut ler bertompok tompok..! kira macam ungkapan tu...sayang bertompok tompok ...
CELAH GELEGAR: MELAYU SEMUA BODOH, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Y...
CELAH GELEGAR: MELAYU SEMUA BODOH, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Y...: Sekadar perkongsian dan luahan rasa hati.... Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan mendug...
3 negeri diisytihar wabak anjing gila
18 September 2015 1:33 AM
AHMAD SHABERY CHEEK (tengah) menyampaikan insurans kemalangan nelayan kepada Low Chye Hock (dua dari kanan) iaitu bapa mendiang Low Tze Kian yang meninggal dunia semasa menangkap ikan di Jalan Telok Kertang, Matang, Taiping, Perak, semalam. UTUSAN/HANAFI KHAMIS
TAIPING 17 Sept. – Penyakit anjing gila atau rabies yang kali terakhir me- landa negara pada tahun 1999 kembali lagi apabila Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan wabak jangkitan tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pewartaan itu telah diisytihar di negeri Perlis pada 19 Ogos lalu sementara Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini.
Beliau berkata, pewartaan itu dibuat susulan wujudnya kes positif anjing gila yang dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 17 Ogos lalu di Perlis diikuti Kedah pada Ahad lalu dan kemudiannya di Pulau Pinang.
“Sehubungan itu, 200 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dikerahkan untuk membantu mengawal keadaan di tiga negeri tersebut di samping pihak lain termasuk anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan.
“Saya juga telah meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaru setiap hari supaya orang ramai lebih berhati-hati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat rumah keluarga nelayan yang meninggal dunia baru-baru ini di Kuala Larut, Matang di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, sebanyak 22 mangsa gigitan anjing liar dicatatkan di Perlis, diikuti lima di Kedah dan dua di Pulau Pinang.
“Dua mangsa di Pulau Pinang terdiri daripada seorang kakitangan PBT dan seorang kanak-kanak yang digigit di Balik Pulau pada 13 September lalu.
“Sebanyak 65 sampel otak anjing masing-masing telah diambil di Kedah dan Perlis. Setakat ini, 17 disahkan positif di Kedah dan lapan lagi di Perlis. Daripada jumlah lapan sampel positif di Perlis, empat adalah anjing liar dan empat lagi merupakan anjing yang mempunyai pemilik,”katanya.
Penyakit anjing gila yang disebabkan oleh jangkitan Lysavirus, berjangkit melalui luka gigitan terbuka pada kulit atau permukaan mukosa daripada air liur, cairan atau tisu tubuh yang berjangkit.
Haiwan yang terjangkit akan menggigit semua binatang, manusia serta objek bergerak di sekelilingnya sekali gus menjadi lumpuh atau dungu sebelum maut.
Pada tahap tersebut, risiko jangkitan terhadap manusia sentiasa wujud.
Sehubungan itu, Quaza Nizamuddin menasihatkan semua pemilik anjing terutamanya di tiga negeri berkenaan supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing di rumah selain mendapatkan suntikan vaksin di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah.
Menurut beliau, strategi utama pihaknya adalah melakukan kawalan melalui pemusnahan anjing terbiar selain meningkatkan aktiviti pemvaksinan kerana tidak mahu penularan itu merebak turun menjangkaui Seberang Perai Utara.
“Di Perlis, beberapa kawasan yang terlibat ialah di Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Kubang Tiga, Panggas Besar, Guar Nangka dan Pauh sementara di Kedah membabitkan Kubang Pasu dan Kota Setar.
“Oleh itu, kita juga telah melakukan beberapa langkah pembasmian lain melibatkan kempen kesedaran awam termasuk kawalan import, kuarantin dan pengezonan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-negeri-diisytihar-wabak-anjing-gila-1.137349#sthash.GzY3W4Uh.dpuf
JENAYAH : Kami tidak gentar’
AZMAN IBRAHIM | 18 September 2015 1:32 AM
KERATAN Utusan Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Susulan kes pembunuhan Anthony Kevin Morais, Jabatan Peguam Negara me- negaskan pihaknya tidak akan tunduk dan gentar dengan tindakan pengecut yang mengugut mana-mana pegawainya.
Menurut jabatan itu, peraturan undang-undang sedia ada tidak dibenarkan menggugat tanggungjawab pihaknya jika Malaysia mahu menegakkan sistem demokrasi berparlimen.
Malah, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan di sini, menggesa pihak polis untuk menyiasat secara terperinci kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan jabatan itu bagi membolehkan pelaku jenayah itu didakwa.
“Jabatan Peguam Negara mahu melihat keadilan dan rasa kebertanggungjawaban dilakukan dalam kes berkenaan.
“Sementara menghormati pemisahan fungsi antara penyiasat dan pendakwa, kami dengan tegas menggesa pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh kes ini bagi membolehkan dalangnya dikenal pasti, ditemui dan didakwa berlandaskan pematuhan undang-undang sepenuhnya.
“Ini sekurang-kurangnya apa yang dapat jabatan ini lakukan untuk membalas jasa salah seorang pegawai kami yang telah berkhidmat kepada negara dengan rasa bangga, profesional, penuh dedikasi serta komited sama ada di dalam dan luar negara,” kata kenyataan itu.
Kevin, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya di Menara Duta di sini pada 4 September lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu yang memakai nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Semalam, mayat beliau ditemukan di dalam tong berisi konkrit berhampiran Sungai Klang di Persiaran Subang Mewah, taman perumahan USJ1.
Pihak polis percaya pembunuhan Kevin mungkin bermotifkan balas dendam berhubung perbicaraan yang dikendalikan melibatkan seorang doktor di hospital tentera.
Doktor berumur 52 tahun itu adalah antara tujuh suspek yang sedang direman berhubung kes pembunuhannya.
Tambah Jabatan Peguam Negara, Kevin melambangkan perumpamaan melakukan pendakwaan tanpa rasa takut dan memihak sepanjang kerjayanya yang panjang dan cemerlang.
Jabatan tersebut turut menyampaikan takziah kepada keluarga Kevin atas kematiannya dalam melaksanakan tugas rasmi demi menegakkan keadilan dan undang-undang.
“Kehilangannya amat dirasai buat jabatan sama ada secara profesional atau peribadi dalam kalangan sahabat dan rakan-rakan sekerjanya di sini,” katanya.
Menurut jabatan itu, pegawai kanan jabatan dan rakan-rakan Kevin sentiasa bersama-sama keluarga mendiang ketika menempuh dalam keadaan sukar ini sebagai memberi sokongan dan bantuan apa yang terdaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/8216-kami-tidak-gentar-8217-1.137339#sthash.pn2M4c6T.dpuf
1MDB : Nurul Izzah disiasat ekoran pengakuan Justo
18 September 2015 1:57 AM
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kini disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.
Nurul Izzah disiasat berhubung satu pendedahan oleh bekas Ketua Teknologi Maklumat (IT) PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo baru-baru ini yang mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berminat membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri daripada bekas majikannya.
“Ya saya mengesahkan Nurul Izzah disiasat dan pegawai polis memang ada pergi ke pejabatnya,” kata Khalid yang kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadat haji melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Sementara itu, dalam sebuah portal propembangkang, peguam Nurul Izzah, Latheefa Koya memberitahu, pihak polis telah mencari Ahli Parlimen Lembah Pantai itu di pejabatnya untuk soal siasat.
Walau bagaimanapun Latheefa mendakwa, Nurul Izzah ketika ini berada di Amerika Syarikat untuk urusan tertentu dan hanya akan pulang pada Isnin depan.
Laporan beberapa akhbar sebelum ini yang memetik butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri mendedahkan Nurul Izzah berminat membeli data mengenai 1MDB yang dicurinya pada tahun 2011.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nurul-izzah-disiasat-ekoran-pengakuan-justo-1.137413#sthash.svmX8zSL.dpuf
PIALA MALAYSIA 2015 : ATM berhajat curi mata daripada JDT
MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 18 September 2015 12:48 AM
Hairuddin Omar meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu mata daripada perlawanan menentang JDT di Stadium Tunku Abdul Rahman,Seremban esok.
KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh kembali menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada kempen Piala Malaysia selepas muncul pasukan pertama negara melangkah ke separuh akhir Piala AFC, dan kemenangan ke atas South China pastinya menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) esok.
Skuad Harimau Selatan melangkah ke kelompok empat pasukan terakhir Piala AFC dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 di Hong Kong untuk meneruskan kemaraan berbekalkan agregat 4-2.
Kini mereka sekali lagi akan beraksi di gelanggang lawan apabila melawat Stadium Tuanku Abdul Rahman di Seremban untuk menentang ATM.
JDT akan hadir dengan matlamat memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B, tetapi mereka boleh menjangkakan cabaran sukar daripada The Gladiators, yang berhajat memburu kemenangan sulung selepas tumpas 1-0 kepada Sarawak minggu lepas.
Skuad Mario Gomez memulakan langkah pertama mereka dalam Piala Malaysia dengan menewaskan Perak 2-0 manakala ATM kalah tipis 0-1 kepada Sarawak.
Ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar mengakui JDT memiliki pemain-pemain bintang dan semangat tinggi hasil kejayaan mereka dalam Piala AFC untuk menjadikan perlawanan itu nanti bukan misi yang mudah untuk dia dan rakan-rakannya, tetapi berharap sekurang-kurangnya dapat mencuri satu mata daripada juara Liga Super itu.
“Kita tahu keupayaan JDT dan mereka turun malam esok dengan motivasi yang tinggi selepas berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC. Kalau berdasarkan rekod semestinya memihak kepada JDT namun persaingan Liga Super dengan merebut piala merupakan pentas berlainan.
“Menentang JDT merupakan cabaran yang besar tetapi saya harap rakan-rakan saya dapat menampilkan permainan terbaik untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata meskipun pemain masih mempunyai masalah gaji dengan pengurusan sebelum ini.
“Bercakap mengenai masalah gaji sebenarnya isu itu masih tidak selesai dan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan mengenai tunggakkan gaji itu tidak tepat. Saya harap beliau dapat maklumat yang tepat daripada pengurusan ATM,” katanya ketika dihubungi semalam.
Perak pula akan menentang Sarawak dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B dengan misi mencari kemenangan sulung manakala Kumpulan C menyaksikan Kelantan berdepan Felda United dan T-Team melayan kunjungan Selangor di Kuala Terengganu.
Juara Liga Perdana, Kedah pula mahu menggunakan nota positif setelah seri 1-1 dengan juara Piala FA, Lions XII di Singapura minggu lalu sebagai bekalan semangat apabila melayan Terengganu dalam perlawanan Kumpulan A di Alor Setar hari ini.
Jurulatih Lang Merah, Tan Chang Hoe bagaimanapun mengakui skuad Penyu mempunyai barisan pemain yang seimbang di setiap posisi tetapi yakin pasukannya akan memiliki kelebihan sokongan peminat apabila beraksi di gelanggang keramat mereka di Stadium Darul Aman, yang telah terbuka merupakan laman sukar untuk lawan mereka musim ini.
Katanya, kejayaan mencuri satu mata di Stadium Jalan Besar adalah permulaan yang baik untuk pasukannya dan semua pemain menampilkan aksi bagus dalam perlawanan tersebut.
“Menentang Terengganu bukan satu perlawanan yang mudah, tambahan pula mereka menunjukkan kebangkitan luar biasa dalam lapan perlawanan terakhir Liga Super, namun saya telah merencanakan strategi untuk mengecewakan pasukan lawan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/atm-berhajat-curi-mata-daripada-jdt-1.137207#sthash.R0gaTsjk.dpuf
Thursday, 17 September 2015
Parti Pekerja tetap guna nama Amanah
ZABRY MOHAMAD
DAN ZULKIFLI SAINUDDIN | 17 September 2015 12:53 AM
Mohamad Sabu (dua dari kanan) menyentuh bola kaca sebagai simbolik pelancaran perdana Parti Amanah Negara di Shah Alam, Selangor, semalam. Utusan/Izham Jaafar
SHAH ALAM 16 Sept. - Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Pekerja) tidak mengendahkan larangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya tidak menggunakan nama baharu iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) apabila meneruskan majlis pelancaran perdana parti itu hari ini.
Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir bagaimanapun mendakwa, majlis tersebut hanya memperkenalkan logo dan bendera parti baharu itu.
Menurutnya, beliau yakin permohonan mereka tiada masalah dan akan diluluskan kerana segala yang diperlukan oleh ROS sudah dipenuhi.
“Saya rasa tiada masalah kerana proses permohonan pertukaran nama seperti dimaklumkan oleh ROS akan memakan masa beberapa hari. Kadang-kadang orang sengaja memperbesar-besarkan cerita.
“Ini program Parti Pekerja untuk memperkenalkan logo dan bendera baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang disempurnakan Pengerusi Parti Pekerja, Mohamad Sabu di sini hari ini.
Selain logo dan bendera baharu, majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang kebanyakannya bekas pemimpin dan ahli Pas itu turut memperdengarkan lagu parti.
Antara yang hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah.
Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan yang pihaknya belum meluluskan permohonan penukaran nama Parti Pekerja kepada Amanah.
Katanya, tindakan menggunakan nama dan menganjurkan program atas nama Amanah selagi tidak diluluskan oleh ROS merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/parti-pekerja-tetap-guna-nama-amanah-1.136833#sthash.XTbnCw12.dpuf
Kevin mati dibunuh
Mayat disimen dalam tong dram, dicampak ke paya
MASZUREEN HADZMAN | 17 September 2015 1:28 AM
MOHMAD SALLEH (kiri) melihat kesan tong simen yang telah dipecahkan pihak polis yang mana mayat Anthony Kevin Morais ditemui di Jalan Subang 3, Subang Jaya, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Dibunuh semasa dalam perjalanan ke utara dipercayai di kawasan berhampiran Sungai Buloh.
Mayatnya kemudian disumbat ke dalam guni serta dimasukkan ke dalam tong dram yang dicurah simen dan ditenggelamkan ke dalam paya di Jalan Subang 3, Subang Jaya dekat sini.
Itulah kekejaman yang dilakukan sekumpulan individu terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 55, selepas melarikannya di Jalan Dutamas, Damansara di sini semasa mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 4 September lalu.
Difahamkan, sebelum dilarikan, kereta mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh kumpulan suspek terbabit di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah pusat komersial di tempat kejadian.
Mangsa yang keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan kemudiannya ditolak masuk ke dalam keretanya semula oleh kumpulan individu terbabit ke tempat duduk penumpang belakang dan kenderaan itu dipandu menuju ke arah utara.
Ketika dalam perjalanan menuju ke arah utara, mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tumpul dipercayai besi panjang yang digunakan untuk membuka nat tayar kereta di kawasan berhampiran Sungai Buloh.
Mayat mangsa dipercayai dibawa ke Subang Jaya sementara keretanya dipandu anggota kumpulan yang melarikannya ke arah Hutan Melintang dan ditemukan dibakar di sana.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat mendiang Kevin ditemukan hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak semalam.
Menurut beliau, kesemua suspek ditahan di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang.
“Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian pada pukul 6 pagi ini di mana mayat Kevin dibuang.
“Kita turut mendapat bantuan daripada pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan bomba bagi membantu membawa naik tong dram terbabit untuk dipecahkan pada pukul 8 pagi sebelum menemukan satu mayat yang dipercayai mendiang Kevin,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohmad memberitahu, mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan pihaknya berjaya merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta mangsa ketika hari Kevin dilarikan.
Tambahnya, turut dirampas ialah kereta Honda Accord dan sejumlah wang bernilai RM17,100 di Pulau Pinang.
“Selain itu, kita turut merampas sebuah kereta Proton Persona dan satu resit pembelian batu, simen dan pasir yang digunakan suspek serta sejumlah lagi wang bernilai RM15,000 di Selangor.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu telah ditahan reman bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Polis sebelum ini mengesahkan kehilangan Kevin pada 4 September lalu sebagai kes culik berdasarkan penelitian kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sepanjang jalan yang dilalui mangsa semasa hari kejadian dan sebahagiannya adalah milik persendirian bagi mengesan kedudukan mangsa.
Kevin dilaporkan hilang pada hari kejadian dan dilihat kali terakhir meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Susulan itu polis menubuhkan pasukan penyiasat khas untuk menyiasat kes tersebut.
Polis juga mengesahkan kereta terbakar yang ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak pada 5 September lalu adalah mirip kenderaan yang digunakan Kevin pada hari dia diculik.
Umur: 55 tahun
Adik-beradik: 4 (sulung)
Status: Bujang
Pendidikan:
l Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh
l Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), Universiti London
Kerjaya:
1980
l Diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya
l Menyertai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
l Dilantik sebagai majistret
1985
l Menyertai Pejabat Peguam Negara (AGC)
2004
Dipinjamkan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pendakwa Raya
2014
1 Julai
Kembali bertugas di AGC sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kevin-mati-dibunuh-1.136887#sthash.NLFxGuI7.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)