KUALA LUMPUR 3 Julai - Perjuangan akhbar Utusan Malaysia banyak
menyelamatkan orang Melayu daripada terpengaruh dengan dakyah pemimpin
pembangkang yang antara lain bertujuan mengganggu-gugat ketetapan yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) turut menegaskan
bahawa Utusan Malaysia berjaya mendedahkan tindakan biadab dan tidak
bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang cuba mencemar kesucian Islam
seperti dilakukan oleh tentera Red Bean Army.
Katanya, beliau tidak hairan dengan serangan bertubi-tubi pembangkang
terhadap Utusan Malaysia kerana sejak dulu, kini dan selamanya akhbar
tersebut menjadi benteng mempertahankan hak-hak orang Melayu dan
bumiputera seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan.
Beberapa ahli Parlimen pembangkang mengambil kesempatan di dewan
yang mulia ini menyerang Utusan Malaysia dan menganggap akhbar ini tidak
mewakili orang Melayu dan di sini saya ingin tegaskan Utusan Malaysia
merupakan akhbar yang mewakili suara orang Melayu.
Mereka yang menuduh Utusan Malaysia tidak mewakili orang Melayu
adalah kelompok yang tidak tahu bersyukur serta tidak faham susur galur
terwujudnya Utusan Malaysia yang bermula dengan penerbitan akhbar Utusan
Melayu di Singapura," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat malam ini.
Menyentuh isu sama, Ikmal Hisham juga menyelar pihak yang menuduh
Utusan Malaysia menipu di dalam membuat laporan semata-mata kerana
akhbar itu kalah di dalam beberapa kes saman.
Kita jangan lupa lidah rasmi Pas, Harakah dan suara rasmi Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan pernah berhadapan dengan tindakan
mahkamah dan kalah.
Janganlah jadikan ukuran kekalahan di mahkamah sebagai alasan untuk
menuduh Utusan Malaysia sebagai penipu dalam laporannya," katanya.
Jika dikaji lidah pembangkang khususnya Suara Keadilan beliau berkata, secara terang-terangan akhbar itu hanya penyebar fitnah.
Sebab itu Suara Keadilan disaman dalam kes mendakwa Felda Bankrap
dan kononnya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
dilarang masuk ke Amerika Syarikat," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi penyokong kerajaan, Tan Sri Annuar Musa
(BN-Ketereh) bangkit dan menyatakan Utusan Malaysia adalah antara akhbar
tertua di negara ini.
Kata Annuar, akhbar itu mempunyai sejarah perjuangan bukan sahaja
untuk orang Melayu tetapi kepentingan kemerdekaan dan negara keseluruhan
selain mempunyai rekod antara akhbar paling lama bertahan di negara
ini.
Terdahulu, Ikmal Hisham berkata, kewujudan tentera siber Red Bean
Army yang tingkah lakunya tidak henti-henti didedahkan oleh akhbar
Utusan Malaysia perlu dibanteras sama sekali.
Ini memandangkan beliau berkata, tentera siber itu menggunakan
pendekatan politik yang cukup berbahaya bagi meracuni fikiran rakyat.
Mereka bukan sahaja bersedia melakukan fitnah terhadap Barisan
Nasional (BN), menyerang institusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dan polis tetapi juga sanggup menggugat perkara yang
termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.
Beliau turut mendesak DAP menyatakan sokongan secara terbuka untuk
sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menghapuskan Red Bean
Army melalui Kementerian Dalam Negeri apabila parti itu mendakwa tentera
siber tersebut tiada kaitan dengan mereka.
Memandangkan DAP menyatakan Red Bean Army tiada kaitan dengan parti
tersebut, mereka perlu menyatakan sokongan secara terbuka terhadap
sebarang usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menghapuskan Red
Bean Army kerana kegiatan mereka boleh menggugat kestabilan negara,"
katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130704/po_03/Utusan-pertahan-hak-kepentingan-Melayu#ixzz2Y2Dv81Jm
No comments:
Post a Comment