NOSTALGIA saya ke Istanbul, Turki tahun lalu masih jelas di fikiran.
Ia adalah sebuah negara anugerah Allah Taala yang tiada
tolok-bandingnya. Ia adalah tapak kegemilangan Islam ke seluruh pelosok
dunia - ke China, Asia Tengah dan sebahagian Eropah.
Suku sakat orang-orang Turki juga merantau sehinggalah ke gugusan
Melayu ini - ke nusantara Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu. Datuk
Moehamad Izat Emir, usahawan terkenal Malaysia juga adalah dua generasi
keturunan dari Turki. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara
keturunannya.
Pendek kata semangat Othmaniah menjalar ke mana-mana. Semasa
kunjungan saya ke Istanbul tahun lalu, saya cuba mempelajari semangat
Hizmet, satu semangat kesukarelaan atau khidmat yang menjalar subur
dalam hati nurani rakyat Turki.
Mereka juga adalah jurubina terkemuka dari zaman empayar Othmaniah
sehinggalah ke hari ini. Di mana-mana mereka menjajah maka akan
ditinggalkan binaan hebat berupa masjid-masjid.
Hari ini Turki sedang membina tiga projek ikonik terbesarnya yang
boleh menggugat geopolitik dan geoekonomi rantau Eropah. Projek-projek
itu yang kini sedang berjalan berupaya menarik kening negara-negara
Barat yang lain ke atas Turki.
Ketiga-tiga projek itu ialah Projek Terusan Istanbul, Projek Lapangan
Terbang baru Istanbul dan Jambatan Gantung Ketiga Istanbul yang
menghubungkan Eropah dan Asia.
Ketiga-tiga projek ini dijangka menjana pendapatan Turki sebanyak
AS$300 bilion setahun. Pada masa ini, dalam masa kebanyakan negara
Eropah dalam Kesatuan Eropah (EU) sedang menjunam, ekonomi Turki berdiri
teguh, di belakang Jerman. Dari ekonomi ke-16 terbesar di dunia kini ia
berada di tangga ke-12.
Ia juga berjaya melangsaikan hutangnya dengan Bank Dunia, semasa
negara-negara jirannya sedang menggelupur. Banyak negara cemburu dengan
kejayaannya.
Tetapi sejak beberapa bulan ini, Turki dilanda kegawatan politik.
Berlaku kegelisahan sosial (social unrest) di negara itu. Semasa negara
itu sedang melonjak naik, tiba-tiba berlaku huru-hara besar ala Arab
Spring! Apa sudah jadi?
Seperti juga di Dataran Tahrir, Mesir, di Turki ia berlaku di Taman
Gezi terletak berhampiran Dataran Taksim, Istanbul. Ia menjadi lokasi
demonstrasi bantahan terhadap Perdana Menteri berhaluan Islam, Recep
Tayyip Erdogan, sejak 28 Mei sehingga awal Julai ini.
Media asing mengecap Erdogan sebagai diktator dan kuku besi, sama
seperti kecaman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad di zaman
kegemilangannya.
Beratus-ratus polis antirusuhan bersama trak meriam air dikerah
meleraikan penunjuk perasaan yang melaungkan slogan meminta Erdogan
meletak jawatan.
Ini baru permulaan dan perjuangan akan diteruskan," kata penunjuk
perasaan yang turut melemparkan bunga teluki berwarna merah sebagai
memperingati mangsa yang terbunuh, cedera dan ditahan dalam bantahan
sebelum ini.
Menurut laporan akhbar, anggota polis antirusuhan yang dikerah
menangkap penunjuk perasaan, turut dilontar gelas dan botol oleh
sekumpulan pelanggan di kebanyakan bar di lokasi tersebut. Malah, ada
individu bertindak melontar kerusi dan meja di jalan-jalan, memaksa
pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Bantahan besar-besaran sebelum ini mengejutkan Turki dan menaikkan
kemarahan Erdogan. Negara-negara Barat turut mengutuk Turki
mengendalikan krisis itu ekoran tindakan kekerasan yang digunakan
terhadap penunjuk perasaan.
Krisis di negara ini bermula apabila sekumpulan kecil penunjuk
perasaan berkempen untuk menyelamatkan 600 batang pokok di Taman Gezi
daripada ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Hujung minggu lepas saya sempat berbuka puasa dengan beberapa sahabat
Turki di sebuah madrasah, Madrasah Serting, Jempol, Negeri Sembilan
atas jemputan seorang rakan. Rakan itu mewakafkan kawasan itu dan
membangunkan tanahnya untuk kerja dakwah.
Namun, semasa berada semeja saya bertanyakan apa cerita di sana
(Turki).Kisah-kisah yang diceritakan oleh sahabat-sahabat Turki itu
ternyata cukup menarik untuk dikongsi.Ia seakan-akan apa yang berlaku di
tanah air kita sendiri. Ia adalah cubaan pihak-pihak luar untuk
melumpuhkan dan menjahanamkan ekonomi negara Islam yang sedang pesat
membangun.
Apa yang dihadapi oleh Malaysia dan Turki adalah sama. Mereka mahu
menjajah negara kita semula. Mahu merosakkan kemakmuran yang sedang
dibina. Ia adalah satu neokolonisasi ekonomi terhadap negara-negara
kita."
Tak sempat bercakap banyak di Serting Hilir, saya mengunjungi ke
pejabat sahabat saya itu di Kuala Lumpur semalam untuk berbincang lagi
mengenai senario kekacauan di negaranya.
Sahabat saya ini bukan diplomat di kedutaan, tetapi ahli perniagaan
yang terbabit dalam aktiviti busines dan antara-budaya Malaysia-Turki.
Dan lebih daripada itu, beliau amat sayangkan tanah airnya sendiri.
Begini ceritanya. Ia adalah fakta bukan rekaan," tegasnya.
Ia berlaku secara amat terancang. Isu tebang pokok di taman itu
hanyalah alasan. Pokok itu bukan ditebang, tetapi dialihkan dan akan
ditanam semula.
Namun, kata sahabat saya itu apa yang berlaku 10 hari sebelum isu
pokok itu lebih memeranjatkan lagi. Sebuah stesen televisyen satelit
terkemuka dunia berpangkalan di Barat telah pun memasang kameranya
menghadap ke taman itu.
Hairan bukan? Mengapa mereka meletakkan perkakasan mereka di situ awal-awal, tanya sahabat saya itu?
Mengapa pula sebuah hotel terkemuka di Istanbul yang dipunyai oleh
bukan Islam Turki dan dengan pegangan saham luar negara telah bersiap
sedia menyediakan kemudahan, seolah-oleh akan berlaku perang saudara.
Kira-kira 2,000 katil lipat telah tersedia ditempatkan di bawah hotel
itu. Bekalan ubat-ubatan juga telah disediakan.
Semasa di Istanbul, sahabat saya itu berkata beliau bertemu dengan
seorang kawannya, penganut ajaran Alevi, satu mazhab terkeluar dari
mazhab Islam seakan-akan Syiah, yang terbabit dalam demonstrasi itu.
Kawannya itu berkata dia menerima wang tunai baru berjumlah 200 Lira
untuk terlibat dalam demonstrasi itu.
Mereka tinggal percuma di hotel, dibekalkan dengan bir tidak terhad
serta wanita-wanita untuk berhibur.Sebanyak 10,000 bekalan makanan
dimasak di sebuah universiti swasta terkemuka milik bukan Islam bagi
dibekalkan kepada pendemonstrasi.
Kata sahabat saya itu lagi, wanita-wanita bertudung menjadi mangsa
kekasaran -- hanya kerana mereka mahu menaikkan perasaan marah kepada
penganut agama Islam supaya bertempur.
Walaupun jumlah perusuh adalah kecil dan tidak mendapat sokongan keseluruhan rakyat Turki, tetapi kesannya cukup hebat.
Begitulah apa yang cuba mereka lakukan di Malaysia tempoh hari."
Penggunaan media sosial melalui facebook dan twitter cukup hebat dengan menggambarkan kezaliman pihak keselamatan.
Namun kini, katanya baru terbukti banyak gambar-gambar kezaliman itu
adalah palsu dan diambil daripada imej-imej yang berlaku di Syria dan
tempat-tempat lain.
Katanya, kebanyakan yang terbabit dalam demonstrasi itu adalah
daripada sayap komunis, rakyat Turki bukan Islam dan pihak-pihak luar.
Semasa demonstrasi itu, dikesan perbelanjaan makanan dibayar menggunakan
kad kredit dari sebuah negara asing. Wang-wang tunai juga datangnya
dari bank berkepentingan asing.
Katanya, walaupun demonstrasi itu sudah reda, ia masih belum
berakhir. Laporan terkini mendedahkan sebanyak 12 negara terbabit secara
langsung berpihak dengan pelobi-pelobi dari beberapa negara Barat dan
yahudi yang menyokong pendemonstrasi itu. Sebanyak 13 negara lagi
terbabit secara tidak langsung.
Modus operandi demonstrasi di negara itu dan perancangan mereka adalah sama dengan di Malaysia. Kata sahabat saya lagi: Tiga projek besar ikonik itu juga menjadi punca kepada huru-hara itu, angkara pihak asing.
Pembinaan lapangan terbang terbesar dengan kapasiti 60 juta penumpang
setahun itu akan menggugat lapangan terbang terbesar Eropah yang lain.
Lapangan terbang baru Turki bakal menjadi hab untuk penerbangan ke
timur-barat-utara dan selatan. Kini Turkish Airlines adalah pesaing
hebat dengan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.
Pembinaan terusan baru - merentas Laut Hitam dan Laut Marmara itu
menggantikan Selat Bosphorus, membolehkan Turki mengaut keuntungan yang
besar daripada laluan perkapalan. (Lihat gambaran google imej: The
Istanbul Canal Project)
Terusan baru itu adalah seakan-akan cadangan pembinaan Terusan
Segenting Kra atau Terusan Thai antara Thailand dan Semenanjung
Malaysia. Ia akan mengalihkan laluan perkapalan ke terusan itu daripada
Selat Melaka melalui Singapura.
Menurut sejarah, tiada banyak yang boleh kerajaan Turki lakukan untuk
mengawal selia Selat Bosphorus kerana ia tertakluk di bawah Perjanjian
Montreux Julai 1936.
Projek ketiga ialah Projek Jambatan Ketiga merentasi Selat Bosphorus
yang memisahkan Eropah dan Asia. Jambatan gantung yang dikenali sebagai
Jambatan Yavuz Sultan Selim itu akan mempunyai empat laluan lebuh raya
dan satu landasan kereta api. Jambatan ini juga akan membawa kemakmuran
ekonomi yang besar kepada Turki. Ia terletak di antara Garipçe di
Sar?yer dalam kawasan Eropah dan Poyrazköy di Beykoz dalam kawasan Asia.
Projek-projek ini juga cukup-cukup membimbangkan negara-negara Barat," kata sahabat saya itu. Bagi saya kejayaan Turki kini adalah petanda gelombang semula
semangat kegemilangan Othmaniah, yang ditakuti banyak pihak. Semangat
itu kini bangkit semula.
Namun, jika di Malaysia usaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia
atas nama ini kalilah dan now or never masih gagal -- di Turki,
Allah masih turut bersama-samanya.
Oleh itu, jagalah apa yang kita ada ini baik-baik. Nasihat saya
ialah kita kena perkuatkan ekonomi kita," kata sahabat itu dalam
pertemuan kami, pagi semalam.
Saya cukup bersetuju dengan beliau. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna! Jika kita jatuh, yang untung kelak siapa ya?
KOMEN : ORANG KAFIR NI SELAGI KITA TAK TUNDUK DAN MENERIMA/MENGANUT SEGALA AMALAN AGAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BERBAGAI ANGKARA JAHAT MEREKA LAKUKAN UNTUK MENJATUHKAN SESEBUAH NEGARA ISLAM... CONTOH TERBAIK BAGAIMANA NEGARA-NEGARA ARAB DIJATUHKAN SATU PERSATU... SAMPAI SEKARANG TIADA KEAMANAN YANG TERCAPAI....
No comments:
Post a Comment